Selamat melayari blog rasmi SK Kertau, Maran, Pahang. Kertau Mara Ke Hadapan.

Sabtu, 20 Mei 2017

Barisan Guru SK Kertau 2017



Barisan PIBG dan Guru SK Kertau


Sambutan Hari Guru SK Kertau 2017

Syukur Alhamdulillah, Hari Guru SK Kertau disambut penuh meriah dan bermakna pada tahun ini. Sambutan ini juga diraikan bersama oleh PIBG yang turut sama memeriahkan suasana. Tahniah kepada semua.













Rabu, 10 Mei 2017

Guru Besar SK Kertau..Dulu hingga Kini..

BIL
NAMA
SEJAK
SEHINGGA
1
ABDUL RAHMAN
1911
1914
2
SALLEH BIN RANI
1915
1917
3
ABDUL MANAF BIN BENAR
1918
1921
4
MD YATIB BIN HJ KADIR
1921
1925
5
MD AMIN BIN LEWANG
1925
1934
6
MD ALI BIN CHIK
1934
1935
7
OTHMAN BIN ARSHAD
1935
1945
8
SALLEH BIN MAD ZAIN
01.01. 1946
20.04.1951
9
HJ PILUS BIN AD YUSOF
21.04. 1951
22.10.1954
10
ISHAK BIN HJ MD JAMIN
30.05. 1955
18.01 1960
11
YAHYA BIN ABDULLAH
02.02.1960
10.01.1963
12
HJ GHAZALI BIN MUHAMAD
10.01.1963
21.12,1968
13
ABDULLAH HASHIM BIN HJ MUSA
01.01.1969
05.01.1976
14
HJ GHAZALI BIN MUHAMMAD
06.01.1976
17.09.1980
15
KAMALUDIN BIN HJ DIN
17.10.1980
30.09.1984
16
MUHD KASIM BIN MD SAMAN
30,09 1984
30.09.1987
17
ABDUL MUTALIB BIN RASU
16.08.1987
15.10.1995
18
ZULKIFLI BIN KADIR
16.10.1995
11.02.1999
19
ISHAK BIN ISMAIL
11.02.1999
17.12.2000
20
SULAIMAN AZARI BIN A RAZAK
18.12.2000
31.12.2001
21
MOHD YUSOF BIN ABDUL WAHAB
16.06.2002
15.07.2004
22
HJ YUSOF BIN HJ YUNUS
16.07.2004
30.11.2010
23
MOHAMAD ROFA’I BIN MOKHTAR
01.12.2010
16.04.2015
24
AZEMI BIN SAGIR
16.04.2015
08.08. 2016
25
NOR HASHIMAH BINTI OTHMAN
08.08.2016
14.4.2017
 26
MOHD JASMI BIN JAAFAR
 14.4.2017
SEKARANG 

Dulu SK Kertau sebagai Sekolah Melayu Kertau.

Ditubuhkan pada tahun 1911 dengan nama Sekolah Tanjung Kertau dan diasaskan oleh Encik Abdul Rahman. Pembinaan asal sekolah ini adalah daripada kulit kayu dan mempunyai sebuah kelas sahaja.

Pada tahun 1926 Sekolah Tanjung Kertau telah berpindah ke Kertau dan ditukar nama kepada Sekolah Melayu Kertau.

Pada tahu 1930 sekolah ini dibuat pembinaan semula di mana semua dinding kulit kayu ditukar kepada dinding batu dan ditambah menjadi 5 buah kelas beserta 5 orang guru

Pada tahun 1935, Encik Othman bin Arsyad , Guru Besar ketika itu telah mewujudkan sebuah kelas dan menjadikan 6 buah kelas. Setelah kemerdekaan negara, Sekolah Melayu Kertau telah bertukar kepada Sekolah Kebangsaan Kertau.
2017

1928

Benarkah Kertau pernah menjadi pusat pengajian ilmu Islam ?

Antara maklumat yang dapat dilihat dalm buku sejarah Pahang.

     Adalah diyakini terdapatnya pusat pengajian di Kertau dalam kawasan Chenor. Hal ini menjelaskan kepada kita bahawa Chenor mungkin satu pusat pendidikan terbesar. Ini adalah kerana Kadi Ibrahim yang merupakan Kadi Besar Pahang yang pertama mendapat pendidikan di daerah ini.
Sejarah dan susur galurnya boleh dikaji lagi.
Buku "Pahang Meniti Zaman". Banyak kisah sejarah Pahang dipaparkan.

MILO datang sekolah kita!

Tarikh : 4 Mei 2017
Hari : Selasa
Masa : 10.00 pagi