Selamat melayari blog rasmi SK Kertau, Maran, Pahang. Kertau Mara Ke Hadapan.

Khamis, 30 November 2017

SK Kertau kini

SK Kertau kini, setelah dicat bangunannya.

Sungai Pahang dan sangkar ikan

Sunagai Pahang

Sungai Pahang yang mengalir laju ke hilir menjadi tempat mencari rezeki bagi penduduk Kertau sejak dahulu lagi. Nelayan sungai bukan sahaja menjaring, menjala dan mengail, malah ada juga yang mengusahakan sangkar ikan di tepi tebing sungai. Ikan Patin sudah menjadi ikan wajib bagi kawasan ini. Pelbagai ikan sungai seperti lampam, jelawat, krai, dan sebagainya boleh didapati di sungai ini. Udang galah juga antara tangkapan wajib bagi pemancing di sepanjang Sungai Pahang.

     Saudara Kamal atau dikenali sebagai Alang bagi penduduk kampung di sini, merupakan anak jati dan pemuda kampung yang mengusahakan ikan Patin sangkar. Begitu juga dengan saudara Iwan. Kedua-duanya juga merupakan Tukang Kebun di SK Kertau.








Saudara Kamal atau Alang di sangkar ikannya.



Selasa, 28 November 2017

Lawatan Kaum Ibu Kertau ke Parlimen


Lawatan ke Parlimen ini telah ditaja oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, YB Dato' Sri Ismail bin Hj Mutalib. Walaupun ianya lebih kepada program komuniti, namun kehadiran Guru Besar dan staf dalam rombongan berkenaan menyuntik semangat komuniti tersebut. Rombongan ini membantu kepada pengukuhan hubungan komuniti dan sekolah. Perhubungan yang baik antara sekolah dan komuniti, membantu kepada program gabungjalin yang baik. Ini akan meningkatkan 'kecaknaan' atau keprihatinan mereka kepada sekolah. 




Jumaat, 24 November 2017

Penataran PAK 21 SK Kertau dan SK Sekara bagi Tahun 2017

Syukur, penataran PAK21 telahpun selesai kepada semua guru SK Kertau. Program ini merupakan kolaboratif bersama SK Sekara dan dibantu oleh para pegawai daripada Pejabat Pendidikan Daerah Maran. Terima kasih kepada Puan Wee dan Encik Nazwan atas kerjasama yang diberikan. 
     Program ini telahpun dijalankan di SK Kertau sendiri dengan kehadiran semua guru. Tahniah.














Khamis, 23 November 2017

Hari Anugerah Kecemerlangan SK Kertau 2017

Majlis Anugerah Kecemerlangan SK Kertau 2017 telah dirasmi dengan jayanya oleh Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Maran, Tuan Haji Ahmad Nahran bin Haji Ishak. Tahniah kepada semua pelajar yang telah berjaya dan cemerlang dalam akademik, kokurikulum dan sahsiah.

Persembahan murid Tahun 6.


Tuan PPD Maran, bersama Guru Besar




Persembahan murid Prasekolah.

Rabu, 15 November 2017

Latihan Cegah Kebakaran Bersama Bomba dan Penyelamat 2017



Program ini kolaboratif bersama SK Chenor. Program ini julung kali diadakan secara kolaboratif bersama  SK Kertau dan SK Chenor. Terima kasih kepada SK Chenor yang sudi menjadi tuan rumah. Seramai 40 orang murid SK Kertau yang dibawa bersama untuk menjalani latihan kebakaran.
       Para pelajar didedahkan dengan teknik pencegahan dan langkah keselamatan bagi mengelakkan kemalangan yang lebih besar berlaku. Api, bila kecil menjadi kawan, sudah besar menjadi lawan.