Selamat melayari blog rasmi SK Kertau, Maran, Pahang. Kertau Mara Ke Hadapan.

Isnin, 3 Disember 2018

KEPUTUSAN UPSR SKK 2018

Keputusan UPSR telahpun keluar. Apapun keputusannya kita terima dengan hati terbuka. Walaupun agak merosot berbanding tahun lepas, namun masih lagi berada tahap kualiti yang baik. Faktor silang subjek untuk skor A, menjadi punca kurangnya kualiti pada A. Namun pencapaian kelulusan keseluruhan adalah lebih baik berbanding percubaan UPSR sebelumnya iaitu daripada 55% kepada 79%. Tahniah kepada semua calon dan guru SKK.