Selamat melayari blog rasmi SK Kertau, Maran, Pahang. Kertau Mara Ke Hadapan.

Selasa, 20 Februari 2018

PELAPORAN PENTAKSIRAN SEKOLAH RENDAH (PPSR)

PELAPORAN PENTAKSIRAN SEKOLAH RENDAH (PPSR)
(Pelaporan yang holistik dan bermakna)

1.       PBD - Pentaksiran Bilik Darjah
a.       Perkembangan dan pencapaian
b.      Dilaksanakan semasa PdP (Pengajaran dan Pembelajaran)
c.       Merujuk Dokumen Standard kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
d.      Melaporkan tahap penguasaan pembelajaran murid.

2.       PAJSK – Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
a.       Penyertaan, penglibatan dan pencapaian
b.      Murid ditafsir melalui:-
                                                               i.      SEGAK – Standard Kecergasan Fizikal, mengukur tahap kecergasan
                                                             ii.      BMi – Merekod tinggi dan berat badan sebagai indikatur kesihatan.
                                                            iii.      Sukan dan permainan – pencapaian sukan diperingkat Zon, daerah, negeri dan antarabangsa
                                                           iv.      KOKU – Penyertaan dalam persatuan, unit uniform.
                                                             v.      Exrakokurikulum – penyertaan dan penglibatan dalam program sukarela
                                                           vi.      NILAM – Amalan pembacaan pelajar mengikut mata

3.       UPSR
a.       Enam mata pelajaran
                                                               i.      Bahasa Melayu Pemahaman
                                                             ii.      Bahasa Melayu Penulisan
                                                            iii.      Bahasa Inggeris Pemahaman
                                                           iv.      Bahasa Inggeris Penulisan
                                                             v.      Sains
                                                           vi.      Matematik
b.      Wajib LULUS 100% sekurang-kurangnya D.
c.       Kualiti UPSR- 3A ke atas

4.       PPSi – Pentaksiran Psikometrik
a.       Pentaksiran Psikometrik
b.      Mengumpul data tret psikologi murid, ujian psikometrik
c.       Instrumen kecerdasan pelbagai
                                                               i.      Verbal Linguistik
                                                             ii.      Visual Ruang
                                                            iii.      Muzik
                                                           iv.      Naturalis
                                                             v.      Kinestatik
                                                           vi.      Interpersonal
                                                          vii.      Intrapersonal
                                                        viii.      Eksistensial
d.      Mengukur kebolehan semulajadi

5.       PASR – Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (Murid Berkeperluan Khas)
a.       Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah
b.      Pencapaian Literasi
c.       Pencapaian Numerasi
d.      Pencapaian Hidup Asas
e.      Pencapaian Asas Sains

f.        Nilai murni kendiri dan masyarakat

Rabu, 14 Februari 2018

Majlis Penyerahan Bantuan Khas Persekolahan (BKAP) 2018


Penyerahan BKAP sebanyak RM100 bagi setiap pelajar yang berkelayakan, telahpun diberi kepada para pelajar  pada 13 Februari 2018. Majlis ini diadakan dengan taklimat oleh Tuan Guru Besar dan penyerahan kepada para penjaga yang berkenaan. Seramai 79 orang pelajar telah menerima bantuan berkenaan. 



Jumaat, 9 Februari 2018

Program Guru Penyayang SK Kertau Bulan Februari 2018



Program Guru Penyayang bagi bulan Februari 2018 telah dilaksanakan pada 9 Februari 2018 bersamaan hari Jumaat. Tahniah diucapkan kepada semua warga sekolah. 

Rabu, 7 Februari 2018

Pelancaran Program NILAM SK Kertau 2018

Pelancaran NILAM SK Kertau telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar SK Kertau, Encik Mohd Jasmi bin Jaafar pada 29 Januari 2018. Program ini bertepatan dengan usaha sekolah untuk meningkatkan pembacaan di kalangan murid. Dengan pembacaan yang aktif, dapat membantu pelajar untuk keluar daripada masalah 3M (Membaca, menulis dan mengira).
     Murid-murid disarankan membaca pelbagai jenis bacaan termasuk bahan multimedia dan sebagainya.Mereka juga diminta membaca sekurang-kurangnya sebuah buku sehari dan membaca bahan ilmiah dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Para pelajar juga boleh menggunakan Buku Rekod NILAM yang terbaru bagi mendapatkan tahap pembacaan yang tinggi. Semoga usaha murni ini dapat meningkatkan tahap penguasaan ilmu dan pembacaan murid. Nadi Ilmu Amalan Membaca.


Pelancaran oleh Tuan GB.


Penyerahan rekod semakan membaxca kepada guru-guru


Murid mendengar taklimat NILAM dan memulakan pembacaan.


Khamis, 1 Februari 2018

Piagam Pelanggan SK Kertau

PIAGAM PELANGGAN

Sekolah Kebangsaan Kertau dan berjanji akan memberikan perkhidmatan yang baik kepada semua pelanggan kami

Murid

1.         Pengajaran dan pembelajaran akan bermula dalam tempoh 5 minit waktu jadual bermula.
2.         Latihan akan disemak dan dikembalikan dalam tempoh 2 hari selepas latihan diserahkan.

Kepada Guru Dan Kakitangan

3.         Buku Rekod Mengajar yang disahkan akan dikembalikan dalam tempoh 1 hari selepas diserahkan.
4.         Bahan dan peralatan yang telah diluluskan pembelian akan serahkan kepada pemohon dalam tempoh 1 minggu selepas pesanan diterima.

Kepada Waris (Ibu Bapa / Penjaga)

5.         Setiap aduan akan diberi maklumbalas dalam tempoh 1 minggu aduan diterima.

6.         Laporan ujian, pentaksiran dan peperiksaan akan diserahkan dalam tempoh 2 minggu selepas dilaksanakan.


Visi dan Nilai SK Kertau

VISI

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

Pendidikan          Ilmu pengetahuan. Latihan atau ajaran Ilmu didik, ilmu mendidik, pengetahuan mendidik
  
Berkualiti             Melebihi yang lain. Baik kualitinya; tinggi nilainya

Insan                   Manusia (murid)

Terdidik               Mendapat latihan (asuhan, pengajaran dll) yang sempurna; terlatih

Negara                Malaysia

Sejahtera             Bebas daripada segala macam kesusahan dll; aman sentosa dan makmur;
selamat

SK Kertau adalah institusi yang memberi ilmu pengetahuan yang baik kualitinya; tinggi nilainya yang akan menghasilkan atau mengeluarkan kumpulan murid yang mendapat asuhan, pengajaran yang sempurna ke arah membina negara Malaysia yang aman sentosa dan makmur.



NILAI

Kolaboratif;             
Kepelbagaian;
Kecemerlangan;
Inovasi;
Integriti;
Hormat

Kolaboratif          Semua warga SKK mengamalkan pendekatan yang melibatkan kerjasama dan interaksi dua atau lebih individu dalam merancang, melaksana dan menyelesaikan sebarang masalah secara berkesan.

Kepelbagaian      Semua warga SKK akan menggunakan berbagai-bagai pendekatan dalam
amalan pengajaran, pembelajaran dan pengurusan.

Kecemerlangan    Semua warga SKK akan memastikan setiap perkara yang dilakukan adalah
elok / indah / gemilang.

Inovasi                Semua warga SKK akan menghasilkan dan menggunakan sesuatu yang baru
dalam pendekatan pengajaran, pembelajaran dan pengurusan.

Integriti                Semua warga SKK menjadi sifat kejujuran dan ketulusan sebagai amalan.

Hormat                Semua warga SKK mengamalkan sifat untuk beralah atau menerima
kehendak atau pendapat orang lain



Misi SK Kertau

MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Melestarikan        Membiarkan atau memelihara sesuatu supaya kekal

Sistem                Keteraturan, teratur

Pendidikan          Ilmu pengetahuan. Latihan atau ajaran Ilmu didik, ilmu mendidik, pengetahuan
mendidik

Berkualiti             Melebihi yang lain. Baik kualitinya; tinggi nilainya

Membangun        Usaha atau kegiatan membangun (memajukan atau mengembangkan) murid

Potensi               Kemampuan murid untuk mencapai, menghasilkan, atau melakukan sesuatu;
keupayaan

Individu               Murid

Memenuhi            Mencapai sesuatu yang diperlukan

Aspirasi               Keinginan yang kuat (untuk mencapai, mengadakan, dll sesuatu), cita-cita

Aspirasi Negara   Merujuk kepada Aspirasi Negara dalam Pendidikan



5 ASPIRASI SISTEM (Aspirasi = Cita-cita, Hasrat)

1.         Akses: 100% enrolmen (murid yang berdaftar) merentas semua peringkat pendidikan daripada prasekolah hingga menengah atas menjelang tahun 2020.
2.         Kualiti: Negara dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa seperti TIMSS dan PISA dalam  tempoh 15 tahun.
3.         Ekuiti: 50% pengurangan dalam jurang pencapaian (bandar-luar bandar,sosioekonomi,gender) menjelang tahun 2020.
4.         Perpaduan: Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian.
5.         Kecekapan: Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid mengikut peruntukan sedia ada.

6 ASPIRASI MURID

1.         Pengetahuan: Setiap kanak-kanak akan dapat membaca, menulis dan mengira, menguasai mata pelajaran teras seperti Matematik dan Sains dan mempunyai pengetahuan kukuh mengenai Malaysia, Asia dan Dunia.
2.         Kemahiran Berfikir: Setiap kanak-kanak akan belajar cara mendapat pendidikan sepanjang hayat, cara untuk menghubung kait pelbagai pengetahuan yang berbeza dan cara untuk menjana pengetahuan baru.
3.         Kemahiran Memimpin: Setiap kanak-kanak akan dapat mencapai potensi diri sepenuhnya melalui peluang bekerja berkumpulan dan memegang peranan kepimpinan formal dan informal.
4.         Kemahiran Dwibahasa: Setiap kanak-kanak pada tahap minimum akan dapat menguasai Bahasa Malaysia dan Bahasa Ingggeris, digalakkan mempelajari bahasa tambahan.
5.         Etika Kerohanian: Setiap kanak-kanak akan mempunyai asas moral yang kukuh untuk mendepani pelbagai cabaran kehidupan dan membantu mereka, dengan berani membuat keputusan yang tepat.
6.         Identiti Nasional: Setiap kanak-kanak tanpa mengira agama, etnik atau status sosio ekonomi akan berasa bangga dikenali sebagai anak Malaysia.

Sekolah Kebangsaan Kertau (SKK) berusaha atau giat membangun (memajukan atau mengembangkan) kemampuan setiap murid untuk mereka mempunyai pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian dan identiti nasional. Kemampuan ini akan dibangunkan oleh SKK dengan pengekalan keteraturan Ilmu didik yang baik kualitinya; tinggi nilainya.