Selamat melayari blog rasmi SK Kertau, Maran, Pahang. Kertau Mara Ke Hadapan.

Khamis, 19 April 2018

Tahniah Pasukan Bola Sepak SK Kertau berjaya mara ke separuh akhir Kejohanan bola sepak Zon Chenor



Tahniah dan syabas kepada semua pemain dan jurulatih pasukan Bola Sepak Zon Chenor. Setelah tidak menyertai kejohanan bola sepak sekian lama (10 tahun), SK Kertau telah menghantar pasukannya bagi menyertai kejohanan bola sepak Sekolah Rendah Zon Chenor.  Ibarat langkah kanan, pasukan ini berjaya menumpas dan menyaingi pasukan elit sekolah lain. Sebagai pasukan "underdog", siapa sangka SK Kertau berjaya menumpaskan SKJB13 dengan 3-0, SKS dengan 2-0 dan SKSN 0-0. Diperingkat separuh akhir kalah kepada SKBL dengan hanya 0-1.
     Akhirnya SK Kertau berjaya mendapat tempat ke-4 setelah kalah tipis kepada SKBL. Apapun, cikgu ucapkan tahniah kepada semua. Semoga tahun hadapan kita mampu menyinar lagi. 2 orang pemain telah terpilih mewakili Zon Chenor ke peringkat daerah.

Khamis, 5 April 2018

Pelancaran Blog Sekolah SK Kertau : http://skkertaumaran.blogspot.com


Pelancaran Blog ini telahpun disempurnakan oleh En Azman bin Mat Idris, Pegawai PPD Maran selaku wakil kepada YB Dato' Sri Dr. Hj. Ismail bin Hj Abd Mutalib, Timbalan Menteri Sumber Manusia merangkap Ahli Parlimen Maran pada 16 Mac 2018. semoga dengan penggunaan laman blog ini mampu memberi info maklumat kepada semua.

Isnin, 2 April 2018

Program Gotong-royong Perdana SK Kertau 2018


















Perasmian Pusat PIBG-Komuniti SK Kertau



Perasmian Pusat PIBG-Komuniti telah disempurnakan oleh Encik Azman bin Mat Idris Pegawai PPD Maran selaku wakil YB Dato' Sri Dr. Ismail bin Hj Mutalib, Timbalan Menteri Sumber Manusia yang juga Ahli Parlimen Maran.. Perasmian ini telah diadakan pada 16 Mac 2018. Tujuan pusat ini ditubuhkan bagi menggerakkan peranan PIBG dalam membantu pengurusan sekolah dengan lebih berkesan. Mesyuarat, aktiviti PIBG boleh digerakkan dengan adanya pusat ini.

En Azman Mat Idris bersama Guru Besar WEn Mohd Jasmi, merasmikan Pusat PIBG-Komuniti.

Pusat PIBG-Komuniti SK Kertau

Tahniah SK Kertau atas kejayaan UPSR 2017