Selamat melayari blog rasmi SK Kertau, Maran, Pahang. Kertau Mara Ke Hadapan.

Ahad, 17 Mei 2020

Bicara GB : Salam perpisahan.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bumi Kertau cantik nan indah,
Tempat lahir pahlawan terbilang,
Walaupun diri akan berpindah,
Namun hati tetap mengenang.

Buat semua murid, guru, ibu bapa dan komuniti Kertau.

Sesungguhnya mengajar di SK Kertau memberi seribu pengalaman dan kenangan terindah buat saya. Pada mulanya agak tertekan juga dengan keadaan, namun semuanya diganti dengan keseronokkan dan pengalaman yang terbaik. Cabaran memang besar namun kemudahan dalam mengurus dipermudahkan. Saya mempunyai pasukan yang baik dan mampu melangkah lebih jauh.
 Murid Kertau terdiri  masyarakat kampung dan Orang Asli. Pencapaian UPSR juga meningkat. Jika sebelum saya berkhidmat di sini, pencapaian UPSR 2016 hanya 33% namun 2017 berjaya naik 84%. Menurun sedikit 2018 kepada 79%, namun melonjak kepada 89% pada 2019. Syukur k3ana mampu melonjak tinggi dengan seorang sahaja gagal satu mata pelajaran walaupun tidak dapat 100%.
     Program Merakyatkan Sekolah menjadi pemangkin kepada hubungan sekolah dengan PIBG dan komuniti. Ia mampu membina hubungan yang baik dan membantu kepada kemenjadian murid. Banyak program dapat dilaksanakan. Antara yang terhebat ialah Jelajah Desa Kertau, Sukan Rakyat, dan banyak lagi. Syukur, kesepaduan semua membantu saya dalam meningkatkan kualiti pendidikan di Kertau.
     Salam perpisahan daripada saya. Saya tinggalkan SK Kertau dengan blog sekolah ini. Semoga blog sekolah ini (https://skkertaumaran.blogspot.com) diteruskan dan digunakan oleh para guru dan murid. Ini sahaja kenangan yang saya simpan sepanjang berada di sini. 
     Banyak yang menarik dan terbaik di sini. Namun sebagai penjawat awam, saya perlu akur kepada arahan atasan. Pertukaran saya di waktu Perintah Kawalan Pergerakan. Saya memohon ribuan maaf atas kekurangan dan kesilapan saya selama memimpin sekolah ini. Saya doakan SK Kertau akan terus cemerlang dan anak-anak murid berjaya dalam apa jua lapangan. Semoga ikatan kasih sayang kita terus berkekalan. Jumpa lagi.

Sekian, terima kasih.

Mohd Jasmi bin Jaafar.
GB SK Kertau,
2017-2020.



Khamis, 7 Mei 2020

Latihan bercetak sebagai tambahan selain Googleform' untuk murid diwaktu PKPB agar PDP terus berjalan bagi SK Kertau


Buat ibu bapa dan penjaga SK Kertau

Langkah intervensi dalam PKPB ini untuk anak2 pelajar Sk Kertau Chenor Maran juga perlu dilakukan. Memandangkan kawasan kampung yang kurang kemudahan, talian telefon kurang (ada yg sifar), internet tidak luas dan sebagainya, menyukarkan untuk murid belajar. Kg OA Paya Besar misalnya kurang liputan telefon dan internet. Ada yg tiada televisyen, Astro atau myTV. Majoriti murid pasif walaupun setiap kelas ada whatsapp group bersama ibu bapa. Kita sedar masalah mereka. Kajian tentang penggunaan TV Pendidikan juga hanya 39% sahaja yg dapat respon akibat tiada telefon dan internet.

Dalam Fasa 1-4 PKP, anak-anak ini dihubungi dan belajar melalui whatsapp, menggunakan Googleform'. Setiap kelas aktif setiap hari. Alhamdulillah. Kita tidak dapat laksanakan PDPC secara Googleclassroom disebabkan faktor capaian dan kesediaan internet. Kita bimbang murid akan keciciran, ketinggalan dan 'hilang' dari radar'. Ada yang tidak aktif dalam whatsapp group.
Sebagai langkah proaktif dan intervensi, setelah perbincangan dibuat bersama guru dan PIBG, maka pihak guru akan menyediakan bahan pengajaran secara bercetak. Guru akan emailkan bahan, kerani akan cetak, diletakkan di pondok jaga sekolah. Ibu bapa atau wakil kampung akan ambil dan diserah kepada anak2. Murid akan membuat latihan sambil dipantau melalui telefon atau whatsapp. Tempoh masa diberi utk murid siapkan kerja di  rumah. Setelah itu akan dikumpulkan kembali dan diserahkan kepada sekolah. Tugasan akan diberi mengikut subjek dan berjadual.

Mohon jasa baik ibu bapa untuk membantu anak-anak ini. Kita mahukan semua anak ini aktif dan dibimbing. Ini memandangkan  murid akan dinilai secara holistik menggunakan Pentaksiran Bilik Darjah(PBD). Pentaksiran ini penting bagi menilai prestasi dan membimbing mereka setiap masa. 

Sabtu, 11 April 2020

NILAM sewaktu PKP di rumah. Jom baca buku.


Salam PKP buat semua,
Cuti Perintah Kawalan Pergerakan yang diarahkan oleh kerajaan haruslah dimanfaatkan oleh para guru, murid dan ibu bapa. Membaca adalah satu budaya amalan baik yang harus ditanam kepada anak-anak agar mereka dapat menimba ilmu pengetahuan selain dari pengajaran guru. Rugi jika masa yang terluang di waktu PKP ini disia-siakan. Kita perlu membimbing anak-anak agar mereka menjadikan amalan membaca sebagai amalan seharian mereka.
Cabaran kita besar sewaktu PKP ini. Semua wajib berada di rumah masing-masing. Sekolah ditutup, pergerakan terhad, anak-anak dilarang berada di luar rumah. Ini memungkin mereka menjadi tekanan pemikiran dan diluar kebiasaan. Adalah disarankan agar jadikan amalan membaca satu keluarga dijalankan. Jangan membiarkan anak-anak terlalu bermain dengan gajet dan permainan telefon dan online. Ia merosakkan minda anak-anak kita 


Justeru itu, bacaan buku amat digalakkan. Seterusnya program NILAM digerakkan di rumah.  Banyak bahan bacaan yang boleh dibaca. Selain buku teks, buku cerita, surat khabar, buku-buku agama, AL Quran, dan sebagainya, anak-anak juga boleh membaca e-book yang banyak di pasaran maya. Contoh nya boleh pergi ke laman Perpustakaan negara Malaysia untuk melanggan ebook.(https://pnm.elib.com.my)

Apa yang penting ialah apabila anak kita membaca dan sentiasa dengan buku. Angan biar masa berlalu dengan sia-sia tanpa pelajaran buat mereka. Di waktu PKP inilah masa ibu bapa dapat bersama anak-anak dan memantau pelajaran dan pembacaan anak-anak. Buat NILAM yer.. Bulan APRIL merupakan "bulan membaca."