CHENOR DAN KERABAT DIRAJA
Chenor pada zaman dahulu menjadi tempat persingahan Sultan Abu Bakar
iaitu Sultan Pahang pada waktu itu.
Baginda Sultan menaiki perahu dari Kuala Lipis ke Pekan dan dari Pekan ke Kuala Lipis. Baginda akan singgah di Chenor setiap kali
dalam perjalanan tersebut dan akan disambut oleh penduduk kampung.
Terletak kira-kira 31 kilometer dari Bandar Temerloh dan diberikan jolokan Chenor Pekan Diraja.
Ketika itu, makmur dan maju dan penghuninya terdiri daripada pelbagai bangsa. Wujudnya Kampung Raja di situ yang kekal hingga ke hari ini, melambangkan bermastautinnya kerabat istana di situ seperti Tun Muhammad (Marhum Mangkat Dilaut) dan Engku Panglima Besar Tun Ismail (Tun Buang).
Zaman kegemilangan itu ialah ketika pusat pentadbiran Pahang oleh Residen British terletak di Kuala Lipis di sebelah hulu,manakala istana sultan pula di Pekan di sebelah hilir.
Sebagai antara penempatan awal Pahang, Chenor juga pernah melahirkan pahlawan terkenal menentang penjajah seperti lagenda Pahlawan Bukit Segumpal.
Mengikut cerita penduduk Chenor, pada masa dahulu, orang-orang Chenor pergi terlibat perang Selangor di atas perintah raja mereka dan juga pembesar-pembesar mereka pergi sama. Antaranya panglima-panglima seperti Panglima Komeng, Khatib Baharin dan pahlawan-pahlawan dipersekitaran serta mengiringi YAM Engku Temenggong Mahmud bersama anknya Engku Ngah Abu Bakar yg menemaninya, OKIP Tok Kaya Husain dan panglima-panglima handalan dari Bukit Segumpal, Kertau dan Jengka. Bukanlah membantu Tok Gajah tetapi sbg sebahagian daripada pasukan angkatan perang dari Pahang. Ada juga beberapa ank saudara lain kepada Bendahara/Sultan Ahmad pergi selain Engku Temenggung Mahmud dan ada yang terkorban meninggal di Selangor.
Pahlawan-Pahlawan dari Bukit Segumpal - seperti Tok Kota, Tok Parit, Tok Tangguk Bingkal Tembaga, Tok Mayoh, Tok Ali, Panglima Tok Tunggal @ Dato Setia Amar Sengara, Imam Perang Hj Husain, Panglima Mansu Tok Jidin (Kota Berjalan), Panglima Muda Luk, Imam Perang Mat Akil, Imam Perang Hulubalang Hj Hasan OKIP Ismail, Panglima Hj Muhammad Nur
Kertau - Panglima Bebas Zabidi Imam Shahbudin, Panglima Mat Salleh Kecik @ Panglima Harimau Berantai dan Panglima Hj Mat Saman Tengku Ali
Persagi - Panglima Dol
Kg Embun - Panglima Kanan Daeng Isa Daeng Subuh
Seorang menteri besar Pahang datangnya dari sini iaitu Orang Kaya lndera Pahlawan Wan Abdul Aziz Engku Abdullah.
Pejuang kemerdekaan terkenal Ibrahim Yaakob yang kemudiannya menjadi pemimpin di Indonesia, juga berasal dari Chenor.
Chenor juga melahirkan dua orang Ketua Setiausaha iaitu Datuk Aziz Husin dan Datuk Yusof Yunus. ADUN Chenor, Datuk Tan Mohd Aminuddin Ishak pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri Besar.
Orang Kaya Indera Pahlawan Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Haji Wan Hassan merupakan Orang Besar Berempat, mantan Timbalan Yang Dipertua MUIP, mantan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan dan Pengerusi Persatuan Sejarah Pahang
Maka, tidak hairanlah jika di Kampung Raja, Chenor, bersemadinya ramai kerabat diraja Pahang serta kubur pahlawan-pahlawan Pahang pada zaman itu.
#Kredit: YDH Dato Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Wan Hassan, OKIP
#Kredit: Tengku Nain
#Kredit: Pengisian Galeri Pelancongan Chenor
Disunting Che Wan Ridzuan waris EPB Tun Ismail
#Kredit: Wan Johari ABCWP
#Kredit: Ramli Ibrahim waris Panglima Imam Zabidi Imam Shahbudin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan