Pengkisahan berkaitan sekolah, sejarah dan kehidupan di kampung Kertau, Chenor, Maran, Pahang
Sabtu, 20 Januari 2018
Kejohanan Merentas Desa SK Kertau 2018
Buat julung kalinya SK Kertau mengadakan larian Merentas Desa bagi 2018. Tahniah kepada semua murid yang berjaya menamatkan larian hampir 3 KM. Tahniah juga kepada para pemenang. Kami juga mengucapkan syabas kepada guru-guru dan ibu bapa yang komited dan membantu melancarkan program. Program ini telah diadakan pada 19 Januari 2018 dengan jayanya.
Rabu, 17 Januari 2018
Jumaat, 12 Januari 2018
Mesyuarat Staf Sokongan SK Kertau kali 1/2018
Mesyuarat ini telah diadakan bagi meningkatkan kualiti pengurusan dan perkhidmatan SK Kertau bagi 2018. Beberapa perkara telah dibincangkan meliputi bidang tugas, hala tuju sekolah, peraturan dan disiplin, pekeliling dan jadual tugasan.
Anggota kakitangan sokongan (AKS) juga berperanan besar dalam meningkatkan kecemerlangan sekolah. KPI sekolah bergantung juga kepada peranan mereka. Untuk itu, pentingnya keselarasan antara sekolah, guru dan pekerja bagi memantapkan kualiti pengurusan dan perkhidmatan. Isu-isu berkaitan kerja diharapkan dapat dikurangkan. Kualiti pekerja merupakan cerminan kecemerlangan sekolah.
Garis panduan dan akurjanji juga penting dalam memantau kerja mereka. Perjanjian syarikat diutamakan sebagai kayu ukur kepada perlaksanaan kerja. Staf Sokongan hakiki termasuklah pembantu tadbir, pembantu operasi dan pembantu pengurusan murid. Staf sokongan swasta/kontrak melibatkan pekerja kebersihan dan pengawal keselamatan. Seramai 3 orang staf sokongan hakiki dan 8 orang pekerja swasta.
Rabu, 10 Januari 2018
Banjir 2018, 5 hari SK Kertau tutup operasi
Selama 5 hari sekolah ini terpaksa ditutup operasinya kerana dinaiki air bah dan laluan dinaiki air. Guru-guru dan murid tidak dapat hadir ke sekolah berikutan kenaikan air dan limpahan Sungai Pahang. Beberapa jalan juga ditutup dan tidak dapat dilalui oleh kenderaan. Hampir seminggu Kertau terpuitus hubungan dengan kawasan lain. Alhamdulillah, banjir kali ini tidaklah sebesar 2017 atau 2014. Cuma kawasan padang, kelas KAFA dan Dewan sekolah sahaja yang digenangi air.
Sabtu, 6 Januari 2018
Bengkel Frog-Vle SK Kertau dengan kerjasama PKG Chenor
Program ini telah diadakan di PKG Chenor bagi memberi pendedahan dan kemaskini semula penggunaan Frog-Vle SK Kertau. Ianya diadakan bagi mengisi ruang waktu guru semasa mereka terpaksa melapor diri di PKG Chenor akibat banjir di Kertau. Terima kasih kepada Pegawai PKG Chenor, En Mazlan Che Kob yang sudi memberikan taklimat dan bimbingan. Dengan adanya menara YTL dan berfungsinya YES internet di SK Kertau, maka guru-guru dan murid-murid perlu menggunakan Frog-Vle ini.
Sabtu, 23 Disember 2017
Bantuan Persekolahan 'Jom Kembali Ke Sekolah' Oleh RISDA
Tahniah kepada penerima bantuan persekolahan oleh pihak RISDA daerah Maran dengan disempurnakan penyampaiannya oleh Yang Berhormat Dato' Seri Dr Haji Ismail bin Haji Mutalib, YB Parlimen Maran merangkap Timbalan Menteri Sumber Manusia di Dewan SMK Seri Jengka.
Terima kasih atas sumbangan yang diberikan dan ianya banyak membantu para pelajar untuk bersedia ke sekolah.
Sabtu, 16 Disember 2017
Persaraan Encik Jalaludin , Pembantu Rendah Am SK Kertau
SK Kertau kehilangan seorang pekerja yang amat dekat di hati semua. Beliau telahpun berpencen wajib di usia 60 tahun. Kehilangan besar kepada warga sekolah. Sebagai anak Kertau, dilahir, di besarkan dan akhirnya merantau ke merata tempat semasa bertugas sebagai seorang tentera. Setelah bersara daripada tentera, beliau telah memohon menjadi Pembantu Am dan bertugas di SK Sg Rentang, Jerantut. Akhirnya, beliau telah bertukar ke Kertau dan menabur bakti di bumi kelahirannya.
Pada 15 Disember 2018, maka berakhirlah tempoh perkhidmatannya. Dikenali sebagai seorang yang cukup setia kepada sekolah,beliau cukup mesra dengan panggilan Abang Jalal. Perasaraan beliau tanpa pengganti. Maka kini SK Kertau hanya mempunyai 3 orang staf sokongan hakiki. Warga SK Kertau mengucapkan terima kasih kepada Abang Jalal atas jasanya selama ini. Semoga kebahgiaan dan kesihatan terus memberi keceriaan buat beliau.
Langgan:
Catatan (Atom)





















































