Pengkisahan berkaitan sekolah, sejarah dan kehidupan di kampung Kertau, Chenor, Maran, Pahang
Isnin, 12 Februari 2018
Jumaat, 9 Februari 2018
Program Guru Penyayang SK Kertau Bulan Februari 2018
Program Guru Penyayang bagi bulan Februari 2018 telah dilaksanakan pada 9 Februari 2018 bersamaan hari Jumaat. Tahniah diucapkan kepada semua warga sekolah.
Rabu, 7 Februari 2018
Pelancaran Program NILAM SK Kertau 2018
Murid-murid disarankan membaca pelbagai jenis bacaan termasuk bahan multimedia dan sebagainya.Mereka juga diminta membaca sekurang-kurangnya sebuah buku sehari dan membaca bahan ilmiah dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Para pelajar juga boleh menggunakan Buku Rekod NILAM yang terbaru bagi mendapatkan tahap pembacaan yang tinggi. Semoga usaha murni ini dapat meningkatkan tahap penguasaan ilmu dan pembacaan murid. Nadi Ilmu Amalan Membaca.
![]() |
| Pelancaran oleh Tuan GB. |
![]() |
| Penyerahan rekod semakan membaxca kepada guru-guru |
![]() |
| Murid mendengar taklimat NILAM dan memulakan pembacaan. |
Khamis, 1 Februari 2018
Piagam Pelanggan SK Kertau
PIAGAM PELANGGAN
Sekolah Kebangsaan Kertau dan berjanji akan
memberikan perkhidmatan yang baik kepada semua pelanggan kami
Murid
1.
Pengajaran dan pembelajaran akan bermula dalam tempoh 5 minit waktu
jadual bermula.
2.
Latihan akan disemak dan dikembalikan dalam tempoh 2 hari selepas latihan
diserahkan.
Kepada
Guru Dan Kakitangan
3.
Buku Rekod Mengajar yang disahkan akan dikembalikan dalam tempoh 1 hari
selepas diserahkan.
4.
Bahan dan peralatan yang telah diluluskan pembelian akan serahkan kepada
pemohon dalam tempoh 1 minggu selepas pesanan diterima.
Kepada
Waris (Ibu Bapa / Penjaga)
5.
Setiap aduan akan diberi maklumbalas dalam tempoh 1 minggu aduan
diterima.
6.
Laporan ujian, pentaksiran dan peperiksaan akan diserahkan dalam tempoh 2
minggu selepas dilaksanakan.
Visi dan Nilai SK Kertau
VISI
Pendidikan Berkualiti Insan
Terdidik Negara Sejahtera
Pendidikan Ilmu pengetahuan. Latihan atau ajaran
Ilmu didik, ilmu mendidik, pengetahuan mendidik
Berkualiti Melebihi
yang lain. Baik kualitinya; tinggi nilainya
Insan Manusia (murid)
Terdidik Mendapat
latihan (asuhan, pengajaran dll) yang sempurna; terlatih
Negara Malaysia
Sejahtera Bebas
daripada segala macam kesusahan dll; aman sentosa dan makmur;
selamat
SK Kertau adalah institusi yang memberi ilmu
pengetahuan yang baik kualitinya; tinggi nilainya yang akan menghasilkan atau
mengeluarkan kumpulan murid yang mendapat asuhan, pengajaran yang sempurna ke
arah membina negara Malaysia yang aman sentosa dan makmur.
NILAI
Kolaboratif;
Kepelbagaian;
Kecemerlangan;
Inovasi;
Integriti;
Hormat
Kolaboratif Semua warga SKK mengamalkan pendekatan
yang melibatkan kerjasama dan interaksi dua atau lebih individu dalam
merancang, melaksana dan menyelesaikan sebarang masalah secara berkesan.
Kepelbagaian Semua warga SKK akan menggunakan
berbagai-bagai pendekatan dalam
amalan pengajaran,
pembelajaran dan pengurusan.
Kecemerlangan Semua warga SKK akan memastikan setiap
perkara yang dilakukan adalah
elok
/ indah / gemilang.
Inovasi Semua
warga SKK akan menghasilkan dan menggunakan sesuatu yang baru
dalam
pendekatan pengajaran, pembelajaran dan pengurusan.
Integriti Semua
warga SKK menjadi sifat kejujuran dan ketulusan sebagai amalan.
Hormat Semua warga SKK mengamalkan
sifat untuk beralah atau menerima
kehendak
atau pendapat orang lain
Misi SK Kertau
MISI
Melestarikan Sistem
Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi
Aspirasi Negara
Melestarikan Membiarkan atau memelihara sesuatu
supaya kekal
Sistem Keteraturan, teratur
Pendidikan Ilmu pengetahuan. Latihan atau ajaran
Ilmu didik, ilmu mendidik, pengetahuan
mendidik
Berkualiti Melebihi yang lain. Baik
kualitinya; tinggi nilainya
Membangun Usaha atau kegiatan membangun (memajukan
atau mengembangkan) murid
Potensi Kemampuan
murid untuk mencapai, menghasilkan, atau melakukan sesuatu;
keupayaan
Individu Murid
Memenuhi Mencapai sesuatu yang diperlukan
Aspirasi Keinginan yang kuat (untuk mencapai,
mengadakan, dll sesuatu), cita-cita
Aspirasi Negara Merujuk kepada Aspirasi Negara dalam
Pendidikan
5 ASPIRASI SISTEM (Aspirasi
= Cita-cita, Hasrat)
1.
Akses: 100% enrolmen (murid yang
berdaftar) merentas semua peringkat pendidikan daripada prasekolah hingga
menengah atas menjelang tahun 2020.
2.
Kualiti: Negara dalam kelompok
sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa seperti TIMSS dan PISA
dalam tempoh 15 tahun.
3.
Ekuiti: 50% pengurangan dalam
jurang pencapaian (bandar-luar bandar,sosioekonomi,gender) menjelang tahun
2020.
4.
Perpaduan: Sistem pendidikan yang
menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada kanak-kanak dengan
menghargai kepelbagaian.
5.
Kecekapan: Sistem yang memaksimumkan
keberhasilan murid mengikut peruntukan sedia ada.
6 ASPIRASI MURID
1.
Pengetahuan: Setiap kanak-kanak akan
dapat membaca, menulis dan mengira, menguasai mata pelajaran teras seperti
Matematik dan Sains dan mempunyai pengetahuan kukuh mengenai Malaysia, Asia dan
Dunia.
2.
Kemahiran
Berfikir:
Setiap kanak-kanak akan belajar cara mendapat pendidikan sepanjang hayat, cara
untuk menghubung kait pelbagai pengetahuan yang berbeza dan cara untuk menjana
pengetahuan baru.
3.
Kemahiran
Memimpin: Setiap
kanak-kanak akan dapat mencapai potensi diri sepenuhnya melalui peluang bekerja
berkumpulan dan memegang peranan kepimpinan formal dan informal.
4.
Kemahiran
Dwibahasa:
Setiap kanak-kanak pada tahap minimum akan dapat menguasai Bahasa Malaysia dan
Bahasa Ingggeris, digalakkan mempelajari bahasa tambahan.
5.
Etika
Kerohanian:
Setiap kanak-kanak akan mempunyai asas moral yang kukuh untuk mendepani
pelbagai cabaran kehidupan dan membantu mereka, dengan berani membuat keputusan
yang tepat.
6.
Identiti
Nasional: Setiap
kanak-kanak tanpa mengira agama, etnik atau status sosio ekonomi akan berasa
bangga dikenali sebagai anak Malaysia.
Sekolah Kebangsaan Kertau (SKK) berusaha atau giat
membangun (memajukan atau mengembangkan) kemampuan setiap murid untuk mereka
mempunyai pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran
dwibahasa, etika dan kerohanian dan identiti nasional. Kemampuan ini akan
dibangunkan oleh SKK dengan pengekalan keteraturan Ilmu didik yang baik
kualitinya; tinggi nilainya.
Langgan:
Catatan (Atom)



















