SK Kertau mempunyai murid yang terdiri daripada murid Melayu dan murid Orang Asli. Hampir separuh adalah murid Asli. Oleh yang demikian, perpaduan amat penting dalam menjadikan murid Kertau cemerlang dalam apa jua dilaksanakan. Tanpa perpaduan, mana mungkin kejayaan mampu dicapai.
Agenda perpaduan perlu menjadi teras dalam perhubungan. Syukur, murid Kertau cukup bersatu hati tanpa membezakan siapa diri mereka. Setiap program diuaha bersama. Ini termasuklah hubungan ibu bapa.
Murid Asli mampu bersaing secara sihat dan menjadi murid yang berjaya bersama rakan lain. Sama ada akademik, kokurikulum, sukan dan persatuan, semua murid dilayan sama rata dan adil. Malah, murid Asli kini menjadi penggerak kepada kecemerlangan sekolah.
Pengkisahan berkaitan sekolah, sejarah dan kehidupan di kampung Kertau, Chenor, Maran, Pahang
Rabu, 12 September 2018
Isnin, 10 September 2018
Selamat Tahun Baru Hijrah 1440, berjemaah di Masjid Mahmudiah Kg Nyak dan sembahyang hajat
Sambutan awal Muharam disambut bersama di masjid kg Nyak, Kertau. Anak2 SKK bersama jemaah mengimarahkan masjid. Sembahyang hajat tahun baru Islam dan UPSR diimamkan oleh ustaz Ahmad, imam masjid Mahmudiah. Ustaz Fakrurazi pula menyampai tazkirah dan motivasi kepada anak pelajar.
Selasa, 28 Ogos 2018
Kijeng dan etak antara keunikan di Kertau
Kijeng dan etak, sememangnya menjadi tarikan di Kertau. Apabila paras air Sungai Pahang surut, maka musim mencari etak dan kijeng bermula.
Guru Besar juga sempat merasai pengalaman mencari etak dan kijeng.
Jumaat, 10 Ogos 2018
Program Makan Buah-buahan tempatan
SK Kertau telah mengadakan program Makan Buah-buahan Tempatan pada hari Isnin, 6 Ogos 2018 selepas waktu rehat. Buah-buahan seperti duku, dokong, rambutan, manggis dan durian menjadi buah pilihan yang dimakan.
Di samping merasai nikmat buah-buahan ini, mereka dimaklumkan tentang kebaikan buah tersebut. Selain itu, ianya dapat meningkatkan hubungan antara waraga sekolah. Tahniah diucapkan kepada semua.
Di samping merasai nikmat buah-buahan ini, mereka dimaklumkan tentang kebaikan buah tersebut. Selain itu, ianya dapat meningkatkan hubungan antara waraga sekolah. Tahniah diucapkan kepada semua.
Rabu, 8 Ogos 2018
Program Amalan Terbaik SK Kertau
Program Merakyatkan Sekolah kini menjadi perhatian banyak pihak termasuklah PPD, JPN dan IAB. Tahniah diucapkan kepada semua yang membantu dalam setiap program yang dianjurkan. Muafakat membawa berkat. Semoga ianya memberi impak yang besar kepada sekolah terutama kepada anak-anak murid. Merakyatkansekolah merupakan transformasi anjakan perubahan SK Kertau.
Khamis, 2 Ogos 2018
Sumbangan bahan keperluan untuk warga emas/asnaf Kertau
Syukur, kerana aktiviti sumbangan dapat disalurkan kepada mereka yang memerlukan. Dengan kerjasama PIBG, kami telah menyampaikan hasrat pihak SMK Sinar Bintang, diserahkan kepada warga emas/asnaf di kawasan Kertau. Ini termasuklah Kg Nyak, Kg Sentang, Kg Teluk dan Kg Asli Paya Besar. semoga pemberian ini, meringan sedikit beban mereka. Program kali ke dua selepas Ziarah Kasih Ramadhan dahulu.
Langgan:
Catatan (Atom)












