Pengkisahan berkaitan sekolah, sejarah dan kehidupan di kampung Kertau, Chenor, Maran, Pahang
Ahad, 23 September 2018
Jumaat, 21 September 2018
Majlis Restu Ilmu SKK 2018
Majlis ini diadakan bagi merestui ilmu antara murid dan guru. UPSR merupakan ujian besar pertama anak-anak Tahun 6. Tanpa guru, tanpa ilmu, tentulah tiadalah pendidikan. Doa kita, semoga UPSR ini dapat memberi kejayaan yang cemerlang buat semua murid SK Kertau.
Selasa, 18 September 2018
Sudut pidato SK Kertau
Sudut pidato khusus untuk murid, telahpun dibina di ruang buluh SK Kertau. Sudut pidato ini adalah yang ke 2, selain diwujudkan di Pusat Sumber Sekolah. Semoga ianya dapat digunakan semakaimum mungkin bagi menyerlahkan keberanian dan kecemerlangan murid.
Ahad, 16 September 2018
Kem motivasi dan Kecemerlangan UPSR 2018
![]() |
| Senam pagi |
![]() |
| Slot motivasi oleh Ustaz Fakrurazi. |
Kem ini telah diadakan pada 15 & 16 September 2018, melibatkan semua murid Tahun 6 dan guru. Kem bersama mini asrama ini bertujuan untuk membantu meningkatkan kesedaran, fokus dan motivasi murid. Mereka bermalam di srkolah. Antara pengisiannya ialah kelas intensif, slot motivasi, dan riadah. Srmoga usaha murni ini memberi impak yang besar kepada anak pelajar.
Jumaat, 14 September 2018
Solat hajat dan bacaan Yassin UPSR 2018
Bermula Ogos, solat hajat telahpun bermula bagi mengisi ruang murid Tahun 6. Setiap Khamis, malam Jumaat diadakan solat sunat Hajat dan bacaan Yassin di Masjid Mahmudiah, Kg Nyak, Kertau. Sembahyang hajat juga diadakan di SK Kertau pada 21 September 2018. Bersamalah kita berdoa semoga semua calon UPSR 2018 SK Kertau berjaya lulus dan cemerlang.
Khamis, 13 September 2018
Sembahyang hajat UPSR
Program sembahyang hajat UPSR dan bacaan Yassin diadakan di masjid Mahmudiah Kg Nyak, Kertau. Bermula Ogos sehingga tarikh peperiksaan UPSR, diadakan sembahyang hajat. Semoga dengan doa semua memberi kekuatan dan beroleh kejayaan dalam UPSR nanti.
Langgan:
Catatan (Atom)





























