Pengkisahan berkaitan sekolah, sejarah dan kehidupan di kampung Kertau, Chenor, Maran, Pahang
Sabtu, 1 Julai 2017
Sumbangan kepada anak yatim oleh Kumpulan IKRAM
Syukur, kumpulan IKRAM telah menyumbangkan sedikit bantuan hari raya kepada anak-anak yatim SK Kertau. Tuan Hj Jalani bin Ludin yang mengetuainya telah menyumbang sedikit sumbangan berupa duit raya. Amalan ini telah dimulakan sejak tahun-tahun sebelumnya. Terima kasih diucapakan.
Program Infa' Ramadhan kepada Warga Emas
Program sumbangan bagi membantu warga emas telahpun dilaksanakan bagi meringankan beban mereka menyambut Syawal yang menjelang tiba. Walaupun kecil, sumbangan daripada guru-guru dan staf SK Kertau ini diharapkan memberi sedikit kegembiraan buat mereka. Diharapkan dapat diteruskan lagi untuk masa hadapan. Terima kasih kepada guru dan jawatankuasanya.
Jumaat, 30 Jun 2017
Sungai Pahang dan Kertau
![]() |
| Sungai Pahang mengalir perlahan, damai mata memandang. |
![]() |
| Sungai Pahang dilihat daripada Jambatan Chenor |
![]() |
| Jambatan Chenor mula diguna 2006, menjadi nadi penghubung antara Kertau, Seberang Chenor, Pesagi dan Kuala Wau dengan Pekan Chenor |
![]() |
| Bukit Kertau |
![]() |
| Batu tanda ukur 'Titik Tengah Semenanjung Malaysia' berada di atas Bukit kertau |
Program Bacaan Pagi
Program bacaan pagi akan digerakkan selepas cuti Hari Raya bagi membantu pembacaan murid. Panitia-panitia terlibat akan mula menggunakan ruang masa pagi iaitu bermula jam 7.30 pagi - 7.45 pagi untuk sesi pembacaan. Ini akan membantu tahap kelancaran dan pemahaman murid.
Panitia Bahasa Melayu akan bermula hari Selasa, diikuti Bahasa Inggeris pada hari Rabu, Matematik dan Sains pada hari Khamis, manakala Jumaat untuk Panitia Agama. Masing-masing Panitia akan menggunakan modul pembacaan mereka sendiri.
Program Serlah Membaca. Meningkatkan prestasi murid Pemulihan Khas
Program Serlah Membaca ini dilaksanakan
bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pembacaan pelajar terutama pelajar yang
terlibat dengan Pemulihan Khas. Murid yang terlibat adalah seramai sembilan
orang dan keseluruhannya adalah murid Kaum Asli. Program ini seterusnya
dikembangkan kepada semua pelajar terutama pelajar Prasekolah, LINUS Tahun 1
dan murid yang masih kurang lancar membaca.
Program ini melibatkan beberapa
aktiviti seperti pembacaan modul Serlah Membaca, pembelajaran menggunakan Laman
blog Serlah Membaca, pembacaan menggunakan telefon pintar dan sebagainya.
Projek ini berfokus kepada aktiviti kemahiran awal pembacaan yang melibatkan
murid di kelas Pemulihan Khas yang keciciran dalam pengajaran dan pembelajaran
di arus perdana. Data yang dikutip memaparkan permaslahan yang berlaku dan
usaha untuk menyelesaikannya dilaksanakan mengikut apa yang dirancang. Kejayaan
program ini bergantung kepada komitmen guru dan pelajar.
Kejayaan melepasi
Konstruk 12 bagi penilaian LINUS dan ujian yang dilaksanakan, membuktikan
program ini penting dan perlu diteruskan. Mengurangkan masalah keciciran mata
pelajaran dan murid dapat membaca secara lancar dan memahami apa yang dibaca,
merupakan objektif utama program ini. Cadangan pada masa akan datang ialah melaksanakan
program serlah Membaca ini lebih awal iaitu berfokus kepada murid Prasekolah,
Tahun 1 dan Pemulihan Khas. Semoga usaha yang dilaksanakan memberi impak
positif kepada prestasi dan kecemerlangan sekolah.
Langgan:
Catatan (Atom)






























