Pengkisahan berkaitan sekolah, sejarah dan kehidupan di kampung Kertau, Chenor, Maran, Pahang
Selasa, 28 Ogos 2018
Kijeng dan etak antara keunikan di Kertau
Kijeng dan etak, sememangnya menjadi tarikan di Kertau. Apabila paras air Sungai Pahang surut, maka musim mencari etak dan kijeng bermula.
Guru Besar juga sempat merasai pengalaman mencari etak dan kijeng.
Jumaat, 10 Ogos 2018
Program Makan Buah-buahan tempatan
SK Kertau telah mengadakan program Makan Buah-buahan Tempatan pada hari Isnin, 6 Ogos 2018 selepas waktu rehat. Buah-buahan seperti duku, dokong, rambutan, manggis dan durian menjadi buah pilihan yang dimakan.
Di samping merasai nikmat buah-buahan ini, mereka dimaklumkan tentang kebaikan buah tersebut. Selain itu, ianya dapat meningkatkan hubungan antara waraga sekolah. Tahniah diucapkan kepada semua.
Di samping merasai nikmat buah-buahan ini, mereka dimaklumkan tentang kebaikan buah tersebut. Selain itu, ianya dapat meningkatkan hubungan antara waraga sekolah. Tahniah diucapkan kepada semua.
Rabu, 8 Ogos 2018
Program Amalan Terbaik SK Kertau
Program Merakyatkan Sekolah kini menjadi perhatian banyak pihak termasuklah PPD, JPN dan IAB. Tahniah diucapkan kepada semua yang membantu dalam setiap program yang dianjurkan. Muafakat membawa berkat. Semoga ianya memberi impak yang besar kepada sekolah terutama kepada anak-anak murid. Merakyatkansekolah merupakan transformasi anjakan perubahan SK Kertau.
Khamis, 2 Ogos 2018
Sumbangan bahan keperluan untuk warga emas/asnaf Kertau
Syukur, kerana aktiviti sumbangan dapat disalurkan kepada mereka yang memerlukan. Dengan kerjasama PIBG, kami telah menyampaikan hasrat pihak SMK Sinar Bintang, diserahkan kepada warga emas/asnaf di kawasan Kertau. Ini termasuklah Kg Nyak, Kg Sentang, Kg Teluk dan Kg Asli Paya Besar. semoga pemberian ini, meringan sedikit beban mereka. Program kali ke dua selepas Ziarah Kasih Ramadhan dahulu.
Rabu, 1 Ogos 2018
Program Jelajah Desa Kertau 2018
Program pada tahun ini bersama SMK Sinar Bintang, Segambut Kuala Lumpur. Seramai 51 orang peserta SMK Sinar Bintang termasuk 20 orang guru turut sama berkunjung ke Kertau. Program 2 hari ini berjalan lancar dan mendapat sokongan semua pihak termasuk PIBG dan komuniti.
Antara pengisiannya:
Antara pengisiannya:
1.Perkhemahan di
SK Kertau
2.Lawatan ke
Sungai Pahang melihat
panorama dan aktiviti
Sungai, memancing, mencari kijing dan etak.
3.Lawatan ke sawah padi
(Hi-tech Padu)
4.Ziarah kasih dan khidmat masyarakat ke rumah warga emas/asnaf/ penduduk Asli Kg. Paya Besar
5.Gotong royong masakan kampung.
6.Program
motivasi bersama pelajar SK Kertau.
7.Senamtari bersama
group Zumba Kaum Ibu Kertau.
8.Mendaki
Bukit Kertau (Lagenda Chenor dan pemetaan zaman
British/titik tengah Semenanjung
Tanah Melayu)
Lawatan ke kebun
durian Imam Haji Ahmad,KertauIsnin, 30 Julai 2018
Merasai nikmat durian di kebun durianTuan Imam Haji Ahmad, Kertau
Terima kasih kepada Tuan Imam Haji Ahmad Bikram yang sudi menerima kunjungan para peserta Jelajah Desa Kertau untuk menikmati dan merasai sendiri pengalaman berada di kebun durian. Dengan kehadiran musim durian, ianya cukup mengujakan bagi peserta yang datang dari Kuala Lumpur. Mereka diperkenalkan dengan pelbagai jenis durian, manggis, rambutan dan sebagainya. Rata-rata peserta cukup gembira dan seronok menikmati durian sebenar di kebun durian. Tiga bakul durian tidak cukup, ditambah dengan pembelian lagi untuk dibawa pulang ke Kuala Lumpur.
Ahad, 29 Julai 2018
Mendaki Bukit Kertau (Gunung Melati)
Program Mendaki Bukit Kertau bersama SMK Sinar Bintang, Kuala Lumpur dan juga komuniti Kertau. Hampir 50 orang peserta turut menjayakan program ini. Kisah Gunung Melati dan sejarahnya menjadi bahan cerita kepada para pendaki.
Langgan:
Catatan (Atom)














