Selamat melayari blog rasmi SK Kertau, Maran, Pahang. Kertau Mara Ke Hadapan.

Jumaat, 30 Jun 2017

Sungai Pahang dan Kertau

Sungai Pahang mengalir perlahan, damai mata memandang.

Sungai Pahang dilihat daripada Jambatan Chenor

Jambatan Chenor mula diguna 2006, menjadi nadi penghubung antara Kertau, Seberang Chenor, Pesagi dan Kuala Wau dengan Pekan Chenor

Bukit Kertau

Batu tanda ukur 'Titik Tengah Semenanjung Malaysia' berada di atas Bukit kertau

Program Bacaan Pagi


Program bacaan pagi akan digerakkan selepas cuti Hari Raya bagi membantu pembacaan murid. Panitia-panitia terlibat akan mula menggunakan ruang masa pagi iaitu bermula jam 7.30 pagi - 7.45 pagi untuk sesi pembacaan. Ini akan membantu tahap kelancaran dan pemahaman murid.

    Panitia Bahasa Melayu akan bermula hari Selasa, diikuti Bahasa Inggeris pada hari Rabu, Matematik dan Sains pada hari Khamis, manakala Jumaat untuk Panitia Agama. Masing-masing Panitia akan menggunakan modul pembacaan mereka sendiri.

Program Serlah Membaca. Meningkatkan prestasi murid Pemulihan Khas





Program Serlah Membaca ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pembacaan pelajar terutama pelajar yang terlibat dengan Pemulihan Khas. Murid yang terlibat adalah seramai sembilan orang dan keseluruhannya adalah murid Kaum Asli. Program ini seterusnya dikembangkan kepada semua pelajar terutama pelajar Prasekolah, LINUS Tahun 1 dan murid yang masih kurang lancar membaca. 
     Program ini melibatkan beberapa aktiviti seperti pembacaan modul Serlah Membaca, pembelajaran menggunakan Laman blog Serlah Membaca, pembacaan menggunakan telefon pintar dan sebagainya. Projek ini berfokus kepada aktiviti kemahiran awal pembacaan yang melibatkan murid di kelas Pemulihan Khas yang keciciran dalam pengajaran dan pembelajaran di arus perdana. Data yang dikutip memaparkan permaslahan yang berlaku dan usaha untuk menyelesaikannya dilaksanakan mengikut apa yang dirancang. Kejayaan program ini bergantung kepada komitmen guru dan pelajar. 
      Kejayaan melepasi Konstruk 12 bagi penilaian LINUS dan ujian yang dilaksanakan, membuktikan program ini penting dan perlu diteruskan. Mengurangkan masalah keciciran mata pelajaran dan murid dapat membaca secara lancar dan memahami apa yang dibaca, merupakan objektif utama program ini. Cadangan pada masa akan datang ialah melaksanakan program serlah Membaca ini lebih awal iaitu berfokus kepada murid Prasekolah, Tahun 1 dan Pemulihan Khas. Semoga usaha yang dilaksanakan memberi impak positif kepada prestasi dan kecemerlangan sekolah.