Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Bumi Kertau cantik nan indah,
Tempat lahir pahlawan terbilang,
Walaupun diri akan berpindah,
Namun hati tetap mengenang.
Buat semua murid, guru, ibu bapa dan komuniti Kertau.
Sesungguhnya mengajar di SK Kertau memberi seribu pengalaman dan kenangan terindah buat saya. Pada mulanya agak tertekan juga dengan keadaan, namun semuanya diganti dengan keseronokkan dan pengalaman yang terbaik. Cabaran memang besar namun kemudahan dalam mengurus dipermudahkan. Saya mempunyai pasukan yang baik dan mampu melangkah lebih jauh.
Murid Kertau terdiri masyarakat kampung dan Orang Asli. Pencapaian UPSR juga meningkat. Jika sebelum saya berkhidmat di sini, pencapaian UPSR 2016 hanya 33% namun 2017 berjaya naik 84%. Menurun sedikit 2018 kepada 79%, namun melonjak kepada 89% pada 2019. Syukur k3ana mampu melonjak tinggi dengan seorang sahaja gagal satu mata pelajaran walaupun tidak dapat 100%.
Program Merakyatkan Sekolah menjadi pemangkin kepada hubungan sekolah dengan PIBG dan komuniti. Ia mampu membina hubungan yang baik dan membantu kepada kemenjadian murid. Banyak program dapat dilaksanakan. Antara yang terhebat ialah Jelajah Desa Kertau, Sukan Rakyat, dan banyak lagi. Syukur, kesepaduan semua membantu saya dalam meningkatkan kualiti pendidikan di Kertau.
Salam perpisahan daripada saya. Saya tinggalkan SK Kertau dengan blog sekolah ini. Semoga blog sekolah ini (https://skkertaumaran.blogspot.com) diteruskan dan digunakan oleh para guru dan murid. Ini sahaja kenangan yang saya simpan sepanjang berada di sini.
Salam perpisahan daripada saya. Saya tinggalkan SK Kertau dengan blog sekolah ini. Semoga blog sekolah ini (https://skkertaumaran.blogspot.com) diteruskan dan digunakan oleh para guru dan murid. Ini sahaja kenangan yang saya simpan sepanjang berada di sini.
Banyak yang menarik dan terbaik di sini. Namun sebagai penjawat awam, saya perlu akur kepada arahan atasan. Pertukaran saya di waktu Perintah Kawalan Pergerakan. Saya memohon ribuan maaf atas kekurangan dan kesilapan saya selama memimpin sekolah ini. Saya doakan SK Kertau akan terus cemerlang dan anak-anak murid berjaya dalam apa jua lapangan. Semoga ikatan kasih sayang kita terus berkekalan. Jumpa lagi.
Sekian, terima kasih.
Mohd Jasmi bin Jaafar.
GB SK Kertau,
2017-2020.