Selamat melayari blog rasmi SK Kertau, Maran, Pahang. Kertau Mara Ke Hadapan.

Selasa, 28 Ogos 2018

Kijeng dan etak antara keunikan di Kertau



 Kijeng dan etak,  sememangnya menjadi tarikan di Kertau. Apabila paras air Sungai Pahang surut,  maka musim mencari etak dan kijeng bermula.
Guru Besar juga sempat merasai pengalaman mencari etak dan kijeng.

Jumaat, 10 Ogos 2018

Program Makan Buah-buahan tempatan

SK Kertau telah mengadakan program Makan Buah-buahan Tempatan pada hari Isnin, 6 Ogos 2018 selepas waktu rehat. Buah-buahan seperti duku, dokong, rambutan, manggis dan durian menjadi buah pilihan yang dimakan.
   
 Di samping merasai nikmat buah-buahan ini, mereka dimaklumkan tentang kebaikan buah tersebut. Selain itu, ianya dapat meningkatkan hubungan antara waraga sekolah. Tahniah diucapkan kepada semua.

Rabu, 8 Ogos 2018

Program Amalan Terbaik SK Kertau

Program Merakyatkan Sekolah kini menjadi perhatian banyak pihak termasuklah PPD,  JPN dan IAB. Tahniah diucapkan kepada semua yang membantu dalam setiap program yang dianjurkan.  Muafakat membawa berkat.  Semoga ianya memberi impak yang besar kepada sekolah terutama kepada anak-anak murid.  Merakyatkansekolah merupakan transformasi anjakan perubahan SK Kertau.

Khamis, 2 Ogos 2018

Sumbangan bahan keperluan untuk warga emas/asnaf Kertau




Syukur, kerana aktiviti sumbangan dapat disalurkan kepada mereka yang memerlukan. Dengan kerjasama PIBG, kami telah menyampaikan hasrat pihak SMK Sinar Bintang, diserahkan kepada warga emas/asnaf di kawasan Kertau. Ini termasuklah Kg Nyak, Kg Sentang, Kg Teluk dan Kg Asli Paya Besar. semoga pemberian ini, meringan sedikit beban mereka. Program kali ke dua selepas Ziarah Kasih Ramadhan dahulu.

Rabu, 1 Ogos 2018

Program Jelajah Desa Kertau 2018

Program pada tahun ini bersama SMK Sinar Bintang, Segambut Kuala Lumpur. Seramai 51 orang peserta SMK Sinar Bintang termasuk 20 orang guru turut sama berkunjung ke Kertau. Program 2 hari ini berjalan lancar dan mendapat sokongan semua pihak termasuk PIBG dan komuniti.

Antara pengisiannya:
1.Perkhemahan di SK Kertau
2.Lawatan ke Sungai Pahang melihat panorama dan aktiviti Sungai, memancing, mencari kijing dan etak.
3.Lawatan ke sawah padi (Hi-tech Padu)
4.Ziarah kasih dan khidmat masyarakat ke rumah warga emas/asnaf/ penduduk Asli Kg. Paya Besar
5.Gotong royong masakan kampung.
6.Program motivasi bersama pelajar SK Kertau.
7.Senamtari bersama group Zumba Kaum Ibu Kertau.
8.Mendaki Bukit Kertau (Lagenda Chenor dan pemetaan zaman British/titik tengah Semenanjung Tanah Melayu)
Lawatan ke kebun durian Imam Haji Ahmad,Kertau