Selamat melayari blog rasmi SK Kertau, Maran, Pahang. Kertau Mara Ke Hadapan.

Selasa, 8 Januari 2019

Motivasi Guru

Pengajaran guru (pdpc) ibarat hobi seorang pemancing. Memancing mesti ada minat, mempunyai alatan, ada umpan yang bagus, ada fokus, tempat memancing dan sebagainya.
 📝 Jika tiada minat, tak gunalah memancing. Pendidikan ini bermula dengan minat, niat dan kehendak.
  📝 Alatan merupakan kaedah. Pendidikan dilihat melalui pedagogi guru sama ada cara pengajaran dan alatan yang digunakan. Boleh guna pelbagai kaedah untuk digunakan.
  📝 Umpan adalah penarik mata sasaran kita. Jika di sekolah, tentulah sasaran kita anak2 pelajar. Jika umpan baik, kebarangkalian untuk mendapatkan hasil yang baik boleh berjaya.
   📝Fokus pula ialah visi dan misi kita. Jika ada hala tuju, memudahkan kita target sasaran dan menentukan pencapaian kita. Orang memancing ada target dan cita2 nya.
   📝Dalam kita memancing, kita tetap berkehendakan keselesaan, kemudahan dan kejayaan. Begitu juga pendidikan, guru/murid perlukan keselesaan dan kemudahan untuk memberikan impak yang baik. Jika terganggu, maka terpaksalah kita beralih tempat.
   📝Walau apapun apa yg kita ingin capai, kita tak boleh lari daripada doa. Doa itu adalah harapan dan niat. Hebat manapun persediaan dan kelengkapan kita, tidak boleh lari daripada takdir dan rezeki daripada Allah. Kita hanya mampu merancang, bersedia tetapi Allah jua yang menentukan.

Rabu, 2 Januari 2019

Hari pertama Persekolahan 2019

Kehadiran Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) KPL Hamid Zulkifli dan Pegawai daripada PPD Maran, En Nazwan.

Menyambut kehadiran murid