Selamat melayari blog rasmi SK Kertau, Maran, Pahang. Kertau Mara Ke Hadapan.

Khamis, 27 September 2018

Isnin, 24 September 2018

Debaran murid UPSR 2018



Debaran hari pertama UPSR. 


UPSR  2018 bermula 24 hingga 27 haribulan September 2018. Tentunya debaran buat kali pertama mengambil peperiksaan besar.  Bukan sahaja murid,  malah guru dan ibu bapa juga cukup terkesan sambil mengharap dan berdoa agar para murid dapat menjawab dengan tenang dan berjaya untuk lulus setiap kertas peperiksaan.  Sama-samalah kita berdoa agar UPSR 2018 adalah terbaik buat kita semua.

Jumaat, 21 September 2018

Majlis Restu Ilmu SKK 2018






Majlis ini diadakan bagi merestui ilmu antara murid dan guru.  UPSR merupakan ujian besar pertama anak-anak Tahun 6. Tanpa guru,  tanpa ilmu, tentulah tiadalah pendidikan. Doa kita,  semoga UPSR ini dapat memberi kejayaan yang cemerlang buat semua murid SK Kertau.

Selasa, 18 September 2018

Sudut pidato SK Kertau

Sudut pidato khusus untuk murid,  telahpun dibina di ruang buluh SK Kertau.  Sudut pidato ini adalah yang ke 2, selain diwujudkan di Pusat Sumber Sekolah.  Semoga ianya dapat digunakan semakaimum mungkin bagi menyerlahkan keberanian dan kecemerlangan  murid.


Ahad, 16 September 2018

Kem motivasi dan Kecemerlangan UPSR 2018

Senam pagi







Slot motivasi oleh Ustaz Fakrurazi. 


Kem ini telah diadakan pada 15 & 16 September 2018, melibatkan semua murid Tahun 6 dan guru. Kem bersama mini asrama ini bertujuan untuk membantu meningkatkan kesedaran,  fokus dan motivasi murid.  Mereka bermalam di srkolah.  Antara pengisiannya ialah kelas intensif,  slot motivasi,  dan riadah. Srmoga usaha murni ini memberi impak yang besar kepada anak pelajar.

Jumaat, 14 September 2018

Solat hajat dan bacaan Yassin UPSR 2018






Bermula Ogos,  solat hajat telahpun bermula bagi mengisi ruang murid Tahun 6. Setiap Khamis,  malam Jumaat diadakan solat sunat Hajat dan bacaan Yassin di Masjid Mahmudiah,  Kg Nyak,  Kertau. Sembahyang hajat juga diadakan di SK Kertau pada 21 September 2018. Bersamalah kita berdoa semoga semua calon UPSR 2018 SK Kertau berjaya lulus dan cemerlang. 

Salam Kemerdekaan daripada SK Kertau



Khamis, 13 September 2018

Sembahyang hajat UPSR



Program sembahyang hajat UPSR dan bacaan Yassin diadakan di masjid Mahmudiah Kg Nyak,  Kertau. Bermula Ogos sehingga tarikh peperiksaan UPSR,  diadakan sembahyang hajat. Semoga dengan doa semua memberi kekuatan dan beroleh kejayaan dalam UPSR  nanti.

Rabu, 12 September 2018

Perpaduan asas kecemerlangan

SK Kertau mempunyai murid yang terdiri daripada murid Melayu dan murid Orang Asli.  Hampir separuh adalah murid Asli.  Oleh yang demikian,  perpaduan amat penting dalam menjadikan murid Kertau cemerlang dalam apa jua dilaksanakan. Tanpa perpaduan,  mana mungkin kejayaan mampu dicapai. 
    Agenda perpaduan perlu menjadi teras dalam perhubungan.  Syukur,  murid Kertau cukup bersatu hati tanpa membezakan siapa diri mereka.  Setiap program diuaha bersama.  Ini termasuklah hubungan ibu bapa. 
    Murid Asli mampu bersaing secara sihat dan menjadi murid yang berjaya bersama rakan lain.  Sama ada akademik,  kokurikulum,  sukan dan persatuan,  semua murid dilayan sama rata dan adil. Malah,  murid Asli kini menjadi penggerak kepada kecemerlangan sekolah.

Isnin, 10 September 2018



Sambutan awal Muharam disambut bersama di masjid kg Nyak,  Kertau.  Anak2 SKK bersama jemaah mengimarahkan masjid. Sembahyang hajat tahun baru Islam dan UPSR diimamkan oleh ustaz Ahmad,  imam masjid Mahmudiah.  Ustaz Fakrurazi pula menyampai tazkirah dan motivasi kepada anak pelajar.

Selamat Tahun Baru Hijrah 1440, berjemaah di Masjid Mahmudiah Kg Nyak dan sembahyang hajat



Sambutan awal Muharam disambut bersama di masjid kg Nyak,  Kertau.  Anak2 SKK bersama jemaah mengimarahkan masjid. Sembahyang hajat tahun baru Islam dan UPSR diimamkan oleh ustaz Ahmad,  imam masjid Mahmudiah.  Ustaz Fakrurazi pula menyampai tazkirah dan motivasi kepada anak pelajar.