Pengkisahan berkaitan sekolah, sejarah dan kehidupan di kampung Kertau, Chenor, Maran, Pahang
Memaparkan catatan dengan label Kertau. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kertau. Papar semua catatan
Sabtu, 3 November 2018
Proses mengemping padi di Kertau
Selasa, 28 Ogos 2018
Kijeng dan etak antara keunikan di Kertau
Kijeng dan etak, sememangnya menjadi tarikan di Kertau. Apabila paras air Sungai Pahang surut, maka musim mencari etak dan kijeng bermula.
Guru Besar juga sempat merasai pengalaman mencari etak dan kijeng.
Isnin, 30 Julai 2018
Merasai nikmat durian di kebun durianTuan Imam Haji Ahmad, Kertau
Terima kasih kepada Tuan Imam Haji Ahmad Bikram yang sudi menerima kunjungan para peserta Jelajah Desa Kertau untuk menikmati dan merasai sendiri pengalaman berada di kebun durian. Dengan kehadiran musim durian, ianya cukup mengujakan bagi peserta yang datang dari Kuala Lumpur. Mereka diperkenalkan dengan pelbagai jenis durian, manggis, rambutan dan sebagainya. Rata-rata peserta cukup gembira dan seronok menikmati durian sebenar di kebun durian. Tiga bakul durian tidak cukup, ditambah dengan pembelian lagi untuk dibawa pulang ke Kuala Lumpur.
Khamis, 30 November 2017
Sungai Pahang dan sangkar ikan
![]() |
Sunagai Pahang |
Sungai Pahang yang mengalir laju ke hilir menjadi tempat mencari rezeki bagi penduduk Kertau sejak dahulu lagi. Nelayan sungai bukan sahaja menjaring, menjala dan mengail, malah ada juga yang mengusahakan sangkar ikan di tepi tebing sungai. Ikan Patin sudah menjadi ikan wajib bagi kawasan ini. Pelbagai ikan sungai seperti lampam, jelawat, krai, dan sebagainya boleh didapati di sungai ini. Udang galah juga antara tangkapan wajib bagi pemancing di sepanjang Sungai Pahang.
Saudara Kamal atau dikenali sebagai Alang bagi penduduk kampung di sini, merupakan anak jati dan pemuda kampung yang mengusahakan ikan Patin sangkar. Begitu juga dengan saudara Iwan. Kedua-duanya juga merupakan Tukang Kebun di SK Kertau.
![]() |
Saudara Kamal atau Alang di sangkar ikannya. |
Langgan:
Catatan (Atom)