Selamat melayari blog rasmi SK Kertau, Maran, Pahang. Kertau Mara Ke Hadapan.

Jumaat, 2 Mac 2018

Ikon PIBG SKK : Encik Amok Sin Chua

Encik Amok A/L Sin Cua merupakan ahli jawatankuasa PIBG SKK sejak 2013 lagi. Beliau berperanan menjadi perantara antara masyarakat orang Asli Paya Besar dengan sekolah. Seorang yang cukup prihatin dan sentiasa mengambil berat perkembangan murid-murid. Walaupun  sudah berusia 73 tahun dan tiada anak lagi di SKK, namun beliau sentiasa memberi sumbangan idea dan buah fikiran yang baik bagi SKK.
     Beliau bukan sahaja aktif dalam PIBG, malah aktif dalam JKK, RELA dan pelbagai pertubuhan lagi. Pernah bertugas sebagai pembantu perubatan di Penempatan Asli Gombak, Selangor. Merupakan anak kampung Paya Besar yang terawal dan berjaya. Dilahirkan pada tahun 1946 di Paya Besar, kemudiannya bersekolah di SK Kertau era merdeka dahulu. Kini hampir 10 tahun beliau kembali ke bumi kelahirannya bagi mencurahkan bakti dan meneruskan kehidupan di kampung halaman. Tahniah kepada Encik Amok dan terima kasih di atas sumbangan baktinya kepada SKK.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan