Hari ini, berakhirlah Ujian Pencapaian sekolah Rendah bagi 2017. Hilang rasa tekanan dan kekusutan bagi murid dan guru-guru. Hanya harapan, doa dan tawakkal diserahkan kepada Allah, menati keputusannya pada bulan November nanti.
Cikgu doakan semua berjaya untuk lulus dengan baik dan cemerlang, Tahun ini mungkin satu lonjakan kejayaan untuk SK Kertau sekiranya berjaya. Jika percubaan sebelum ini hanya 2 orang sahaja mampu 6A, namun cikgu harapkan bagi peperiksaan sebenar akan membuahkan lebih hasil dan kejayaan.
Tahniah juga cikgu ucapkan kepada anak-anak Paya Besar (Orang Asli) yang berjaya untuk hadir dan sama-sama merasai 'nikmat' UPSR ini. Walaupun pada mulanya ada yang tidak mahu ke sekolah, namun kini semuanya mahu mencuba untuk berjaya. Terima kasih di atas kehadiran semua. Bagi cikgu, semua berpotensi dan boleh berjaya serta lulus. Keutamaan cikgu ialah, anda hadir ke sekolah untuk mencari ilmu. Ilmu itu akan menyuluh masa hadapan anda. Semoga semua berjaya.
Kepada semua guru, tahniah diucapkan. Usaha dan kerja keras anda amat beerti dan disanjung tinggi. Teruskan usaha anada untuk menyebar luas ilmu Allah selagi termampu. Sentiasa melihat ke hadapan dan positif. Kekurangan jadikan pengalaman dan kekuatan. Buat penambahbaikan sentiasa agar apa yang diperjuangkan semakin menyinar cahayanya. Kejayaan tidak datang bergolehk.
Kepada ibu bapa / penjaga, tahniah diucapkan. sokongan, motivasi dan kasih sayang diberikan mematangkan anak-anak. Teruslah memberi semangat dan menjaga emosi anak-anak walau apa juga keadaan berlaku. Anda ibu bapa yang hebat.
Pengkisahan berkaitan sekolah, sejarah dan kehidupan di kampung Kertau, Chenor, Maran, Pahang
Khamis, 14 September 2017
Selasa, 12 September 2017
Selamat Menjalani Ujian Penilaian sekolah Rendah (UPSR) 2017
Selamat menduduki UPSR bagi semua murid Tahun 6 SK Kertau dan seluruh Malaysia. Moga beroleh kejayaan yang diharapkan. Bagi Tahun 2017 ini, seramai 19 orang murid SK Kertau terlibat. 7 daripada murid berkenaan adalah murid Asli. Semoga kejayaan untuk lulus dan mendapat A semua mata pelajaran tercapai. InshaAllah.
Selasa, 5 September 2017
Memacu Kemenjadian Sekolah. Sekolah ibarat tubuh manusia yang memerlukan sokongan semua fungsi atau bahagian tubuhnya.
Banyak perkara yang perlu dilihat, dikaji dan dianalisis dalam menggerakkan sekolah sebagai sebuah sekolah yang berjaya. Ia perlu dilihat secara holistik yang merangkumi aspek kepimpinan dan pentadbiran Guru Besar, kerjasama dan komitmen guru, ketrampilan dan penerimaan murid-murid, sokongan PIBG dan bantuan komuniti dan sebagainya. Ia tidak boleh berdiri dengan sendiri. Guru Besar ibarat kepala, guru dan staf pula ibarat kaki dan tangan kepada sekolah. Baik kepimpinan, baiklah sumbangan yang diberi. Guru dan staf memainkan peranan penting dalam menjayakan organisasi.
Murid-murid pula ibarat hati yang suci. perlu dijaga dengan baik dan dipupuk dengan kasih sayang dan ilmu yang sepatutnya agar hasrat yang dibina tercapai. Hati bukan sahaja dilihat kepada fungsinya yang besar, namun nilai suci sebuah 'hati' perlu dijaga agar ia akan memberi kesan yang baik dan positif kepada kemenjadian tubuh (sekolah).
Begitulah perumpamaan yang boleh dilihat daripada semua fungsi yang ada. Sekolah ibarat sebuah tubuh yang besar, perlu digerakkan untuk mencapai visi dan misi. Menyatukan semua adalah 'darah' atau nilai hubungan yang baik dan positif. Kolaboratif antara semua sifat tubuh ini yang berfungsi secara sihat dan baik, mampu membawa tubuh (sekolah) ke arah kejayaan. Kegagalan fungsi tubuh, akan memabawa kemudaratan.
Marilah kita bergandingan bersama, untuk memacu kejayaan SK Kertau.

Langgan:
Catatan (Atom)