Selamat melayari blog rasmi SK Kertau, Maran, Pahang. Kertau Mara Ke Hadapan.

Selasa, 5 September 2017

Memacu Kemenjadian Sekolah. Sekolah ibarat tubuh manusia yang memerlukan sokongan semua fungsi atau bahagian tubuhnya.

Banyak perkara yang perlu dilihat, dikaji dan dianalisis dalam menggerakkan sekolah sebagai sebuah sekolah yang berjaya. Ia perlu dilihat secara holistik yang merangkumi aspek kepimpinan dan pentadbiran Guru Besar, kerjasama dan komitmen guru, ketrampilan dan penerimaan murid-murid, sokongan PIBG dan bantuan komuniti dan sebagainya. Ia tidak boleh berdiri dengan sendiri. Guru Besar ibarat kepala, guru dan staf pula ibarat kaki dan tangan kepada sekolah. Baik kepimpinan, baiklah sumbangan yang diberi. Guru dan staf memainkan peranan penting dalam menjayakan organisasi.
     Murid-murid pula ibarat hati yang suci. perlu dijaga dengan baik dan dipupuk dengan kasih sayang dan ilmu yang sepatutnya agar hasrat yang dibina tercapai. Hati bukan sahaja dilihat kepada fungsinya yang besar, namun nilai suci sebuah 'hati' perlu dijaga agar ia akan memberi kesan yang baik dan positif kepada kemenjadian tubuh (sekolah).
    Begitulah perumpamaan yang boleh dilihat daripada semua fungsi yang ada. Sekolah ibarat sebuah tubuh yang besar, perlu digerakkan untuk mencapai visi dan misi. Menyatukan semua adalah 'darah' atau nilai hubungan yang baik dan positif. Kolaboratif antara semua sifat tubuh ini yang berfungsi secara sihat dan baik, mampu membawa tubuh (sekolah) ke arah kejayaan. Kegagalan fungsi tubuh, akan memabawa kemudaratan.
     Marilah kita bergandingan bersama, untuk memacu kejayaan SK Kertau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan