Selamat melayari blog rasmi SK Kertau, Maran, Pahang. Kertau Mara Ke Hadapan.

Khamis, 14 September 2017

Selamat maju Jaya kepada Murid Tahun 6 UPSR 2017

Hari ini, berakhirlah Ujian Pencapaian sekolah Rendah bagi 2017. Hilang rasa tekanan dan kekusutan bagi murid dan guru-guru. Hanya harapan, doa dan tawakkal diserahkan kepada Allah, menati keputusannya pada bulan November nanti.
     Cikgu doakan semua berjaya untuk lulus dengan baik dan cemerlang, Tahun ini mungkin satu lonjakan kejayaan untuk SK Kertau sekiranya berjaya. Jika percubaan sebelum ini hanya 2 orang sahaja mampu 6A, namun cikgu harapkan bagi peperiksaan sebenar akan membuahkan lebih hasil dan kejayaan.
     Tahniah juga cikgu ucapkan kepada anak-anak Paya Besar (Orang Asli) yang berjaya untuk hadir dan sama-sama merasai 'nikmat' UPSR ini. Walaupun pada mulanya ada yang tidak mahu ke sekolah, namun kini semuanya mahu mencuba untuk berjaya. Terima kasih di atas kehadiran semua. Bagi cikgu, semua berpotensi dan boleh berjaya serta lulus. Keutamaan cikgu ialah, anda hadir ke sekolah untuk mencari ilmu. Ilmu itu akan menyuluh masa hadapan anda. Semoga semua berjaya.
     Kepada semua guru, tahniah diucapkan. Usaha dan kerja keras anda amat beerti dan disanjung tinggi. Teruskan usaha anada untuk menyebar luas ilmu Allah selagi termampu. Sentiasa melihat ke hadapan dan positif. Kekurangan jadikan pengalaman dan kekuatan. Buat penambahbaikan sentiasa agar apa yang diperjuangkan semakin menyinar cahayanya. Kejayaan tidak datang bergolehk.
    Kepada ibu bapa / penjaga, tahniah diucapkan. sokongan, motivasi dan kasih sayang diberikan mematangkan anak-anak. Teruslah memberi semangat dan menjaga emosi anak-anak walau apa juga keadaan berlaku. Anda ibu bapa yang hebat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan