Selamat melayari blog rasmi SK Kertau, Maran, Pahang. Kertau Mara Ke Hadapan.

Rabu, 10 Mei 2017

Dulu SK Kertau sebagai Sekolah Melayu Kertau.

Ditubuhkan pada tahun 1911 dengan nama Sekolah Tanjung Kertau dan diasaskan oleh Encik Abdul Rahman. Pembinaan asal sekolah ini adalah daripada kulit kayu dan mempunyai sebuah kelas sahaja.

Pada tahun 1926 Sekolah Tanjung Kertau telah berpindah ke Kertau dan ditukar nama kepada Sekolah Melayu Kertau.

Pada tahu 1930 sekolah ini dibuat pembinaan semula di mana semua dinding kulit kayu ditukar kepada dinding batu dan ditambah menjadi 5 buah kelas beserta 5 orang guru

Pada tahun 1935, Encik Othman bin Arsyad , Guru Besar ketika itu telah mewujudkan sebuah kelas dan menjadikan 6 buah kelas. Setelah kemerdekaan negara, Sekolah Melayu Kertau telah bertukar kepada Sekolah Kebangsaan Kertau.
2017

1928

Tiada ulasan:

Catat Ulasan