Program Serlah Membaca ini dilaksanakan
bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pembacaan pelajar terutama pelajar yang
terlibat dengan Pemulihan Khas. Murid yang terlibat adalah seramai sembilan
orang dan keseluruhannya adalah murid Kaum Asli. Program ini seterusnya
dikembangkan kepada semua pelajar terutama pelajar Prasekolah, LINUS Tahun 1
dan murid yang masih kurang lancar membaca.
Program ini melibatkan beberapa
aktiviti seperti pembacaan modul Serlah Membaca, pembelajaran menggunakan Laman
blog Serlah Membaca, pembacaan menggunakan telefon pintar dan sebagainya.
Projek ini berfokus kepada aktiviti kemahiran awal pembacaan yang melibatkan
murid di kelas Pemulihan Khas yang keciciran dalam pengajaran dan pembelajaran
di arus perdana. Data yang dikutip memaparkan permaslahan yang berlaku dan
usaha untuk menyelesaikannya dilaksanakan mengikut apa yang dirancang. Kejayaan
program ini bergantung kepada komitmen guru dan pelajar.
Kejayaan melepasi
Konstruk 12 bagi penilaian LINUS dan ujian yang dilaksanakan, membuktikan
program ini penting dan perlu diteruskan. Mengurangkan masalah keciciran mata
pelajaran dan murid dapat membaca secara lancar dan memahami apa yang dibaca,
merupakan objektif utama program ini. Cadangan pada masa akan datang ialah melaksanakan
program serlah Membaca ini lebih awal iaitu berfokus kepada murid Prasekolah,
Tahun 1 dan Pemulihan Khas. Semoga usaha yang dilaksanakan memberi impak
positif kepada prestasi dan kecemerlangan sekolah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan