Selamat melayari blog rasmi SK Kertau, Maran, Pahang. Kertau Mara Ke Hadapan.

Khamis, 19 April 2018

Tahniah Pasukan Bola Sepak SK Kertau berjaya mara ke separuh akhir Kejohanan bola sepak Zon Chenor



Tahniah dan syabas kepada semua pemain dan jurulatih pasukan Bola Sepak Zon Chenor. Setelah tidak menyertai kejohanan bola sepak sekian lama (10 tahun), SK Kertau telah menghantar pasukannya bagi menyertai kejohanan bola sepak Sekolah Rendah Zon Chenor.  Ibarat langkah kanan, pasukan ini berjaya menumpas dan menyaingi pasukan elit sekolah lain. Sebagai pasukan "underdog", siapa sangka SK Kertau berjaya menumpaskan SKJB13 dengan 3-0, SKS dengan 2-0 dan SKSN 0-0. Diperingkat separuh akhir kalah kepada SKBL dengan hanya 0-1.
     Akhirnya SK Kertau berjaya mendapat tempat ke-4 setelah kalah tipis kepada SKBL. Apapun, cikgu ucapkan tahniah kepada semua. Semoga tahun hadapan kita mampu menyinar lagi. 2 orang pemain telah terpilih mewakili Zon Chenor ke peringkat daerah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan