MISI
Melestarikan Sistem
Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi
Aspirasi Negara
Melestarikan Membiarkan atau memelihara sesuatu
supaya kekal
Sistem Keteraturan, teratur
Pendidikan Ilmu pengetahuan. Latihan atau ajaran
Ilmu didik, ilmu mendidik, pengetahuan
mendidik
Berkualiti Melebihi yang lain. Baik
kualitinya; tinggi nilainya
Membangun Usaha atau kegiatan membangun (memajukan
atau mengembangkan) murid
Potensi Kemampuan
murid untuk mencapai, menghasilkan, atau melakukan sesuatu;
keupayaan
Individu Murid
Memenuhi Mencapai sesuatu yang diperlukan
Aspirasi Keinginan yang kuat (untuk mencapai,
mengadakan, dll sesuatu), cita-cita
Aspirasi Negara Merujuk kepada Aspirasi Negara dalam
Pendidikan
5 ASPIRASI SISTEM (Aspirasi
= Cita-cita, Hasrat)
1.
Akses: 100% enrolmen (murid yang
berdaftar) merentas semua peringkat pendidikan daripada prasekolah hingga
menengah atas menjelang tahun 2020.
2.
Kualiti: Negara dalam kelompok
sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa seperti TIMSS dan PISA
dalam tempoh 15 tahun.
3.
Ekuiti: 50% pengurangan dalam
jurang pencapaian (bandar-luar bandar,sosioekonomi,gender) menjelang tahun
2020.
4.
Perpaduan: Sistem pendidikan yang
menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada kanak-kanak dengan
menghargai kepelbagaian.
5.
Kecekapan: Sistem yang memaksimumkan
keberhasilan murid mengikut peruntukan sedia ada.
6 ASPIRASI MURID
1.
Pengetahuan: Setiap kanak-kanak akan
dapat membaca, menulis dan mengira, menguasai mata pelajaran teras seperti
Matematik dan Sains dan mempunyai pengetahuan kukuh mengenai Malaysia, Asia dan
Dunia.
2.
Kemahiran
Berfikir:
Setiap kanak-kanak akan belajar cara mendapat pendidikan sepanjang hayat, cara
untuk menghubung kait pelbagai pengetahuan yang berbeza dan cara untuk menjana
pengetahuan baru.
3.
Kemahiran
Memimpin: Setiap
kanak-kanak akan dapat mencapai potensi diri sepenuhnya melalui peluang bekerja
berkumpulan dan memegang peranan kepimpinan formal dan informal.
4.
Kemahiran
Dwibahasa:
Setiap kanak-kanak pada tahap minimum akan dapat menguasai Bahasa Malaysia dan
Bahasa Ingggeris, digalakkan mempelajari bahasa tambahan.
5.
Etika
Kerohanian:
Setiap kanak-kanak akan mempunyai asas moral yang kukuh untuk mendepani
pelbagai cabaran kehidupan dan membantu mereka, dengan berani membuat keputusan
yang tepat.
6.
Identiti
Nasional: Setiap
kanak-kanak tanpa mengira agama, etnik atau status sosio ekonomi akan berasa
bangga dikenali sebagai anak Malaysia.
Sekolah Kebangsaan Kertau (SKK) berusaha atau giat
membangun (memajukan atau mengembangkan) kemampuan setiap murid untuk mereka
mempunyai pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran
dwibahasa, etika dan kerohanian dan identiti nasional. Kemampuan ini akan
dibangunkan oleh SKK dengan pengekalan keteraturan Ilmu didik yang baik
kualitinya; tinggi nilainya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan