Selamat melayari blog rasmi SK Kertau, Maran, Pahang. Kertau Mara Ke Hadapan.

Khamis, 1 Februari 2018

Visi dan Nilai SK Kertau

VISI

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

Pendidikan          Ilmu pengetahuan. Latihan atau ajaran Ilmu didik, ilmu mendidik, pengetahuan mendidik
  
Berkualiti             Melebihi yang lain. Baik kualitinya; tinggi nilainya

Insan                   Manusia (murid)

Terdidik               Mendapat latihan (asuhan, pengajaran dll) yang sempurna; terlatih

Negara                Malaysia

Sejahtera             Bebas daripada segala macam kesusahan dll; aman sentosa dan makmur;
selamat

SK Kertau adalah institusi yang memberi ilmu pengetahuan yang baik kualitinya; tinggi nilainya yang akan menghasilkan atau mengeluarkan kumpulan murid yang mendapat asuhan, pengajaran yang sempurna ke arah membina negara Malaysia yang aman sentosa dan makmur.



NILAI

Kolaboratif;             
Kepelbagaian;
Kecemerlangan;
Inovasi;
Integriti;
Hormat

Kolaboratif          Semua warga SKK mengamalkan pendekatan yang melibatkan kerjasama dan interaksi dua atau lebih individu dalam merancang, melaksana dan menyelesaikan sebarang masalah secara berkesan.

Kepelbagaian      Semua warga SKK akan menggunakan berbagai-bagai pendekatan dalam
amalan pengajaran, pembelajaran dan pengurusan.

Kecemerlangan    Semua warga SKK akan memastikan setiap perkara yang dilakukan adalah
elok / indah / gemilang.

Inovasi                Semua warga SKK akan menghasilkan dan menggunakan sesuatu yang baru
dalam pendekatan pengajaran, pembelajaran dan pengurusan.

Integriti                Semua warga SKK menjadi sifat kejujuran dan ketulusan sebagai amalan.

Hormat                Semua warga SKK mengamalkan sifat untuk beralah atau menerima
kehendak atau pendapat orang lain



Tiada ulasan:

Catat Ulasan