Selamat melayari blog rasmi SK Kertau, Maran, Pahang. Kertau Mara Ke Hadapan.

Rabu, 7 Februari 2018

Pelancaran Program NILAM SK Kertau 2018

Pelancaran NILAM SK Kertau telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar SK Kertau, Encik Mohd Jasmi bin Jaafar pada 29 Januari 2018. Program ini bertepatan dengan usaha sekolah untuk meningkatkan pembacaan di kalangan murid. Dengan pembacaan yang aktif, dapat membantu pelajar untuk keluar daripada masalah 3M (Membaca, menulis dan mengira).
     Murid-murid disarankan membaca pelbagai jenis bacaan termasuk bahan multimedia dan sebagainya.Mereka juga diminta membaca sekurang-kurangnya sebuah buku sehari dan membaca bahan ilmiah dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Para pelajar juga boleh menggunakan Buku Rekod NILAM yang terbaru bagi mendapatkan tahap pembacaan yang tinggi. Semoga usaha murni ini dapat meningkatkan tahap penguasaan ilmu dan pembacaan murid. Nadi Ilmu Amalan Membaca.


Pelancaran oleh Tuan GB.


Penyerahan rekod semakan membaxca kepada guru-guru


Murid mendengar taklimat NILAM dan memulakan pembacaan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan