Selamat melayari blog rasmi SK Kertau, Maran, Pahang. Kertau Mara Ke Hadapan.

Rabu, 31 Januari 2018

Objektif Pencapaian SK Kertau 2018

OBJEKTIF

1.         Pencapaian prestasi akademik yang tinggi oleh semua murid.

1A           Pentaksiran Sekolah Tahun 6 (PST6)

1.1.      96.00 peratus murid menguasai sekurang-kurangnya “Band 3” semua mata pelajaran dalam Pentaksiran Sekolah Tahun 6 pada tahun 2018
1.2.      Lebih daripada 18.00 peratus murid menguasai sekurang-kurangnya ‘Band 5’ atau ‘Band 6’ semua mata pelajaran dalam Pentaksiran Sekolah Tahun 6 pada tahun 2018

1B           Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)

1.3       Lebih daripada 90.00 peratus murid lulus dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah pada tahun 2018.
1.4      Lebih daripada 1.25 peratus murid memperoleh ‘A’ semua mata pelajaran dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah pada tahun 2018.
1.5      Kurang daripada 2.43 Gred Purata Sekolah dalam dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah pada tahun 2018.

  
1C           Literasi dan Numerasi

1.6       Lebih daripada 98.00 peratus murid menguasai literasi Bahasa Melayu pada tahun 2018.
1.7       Lebih daripada 97.00 peratus murid menguasai literasi Bahasa Inggeris pada tahun 2018.
1.8       Lebih daripada 99.00 peratus murid menguasai numerasi pada tahun 2018.

1D          Kemahiran Dwibahasa

1.9       Lebih daripada 71.00 peratus murid menguasai tahap minimum mata pelajaran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris pada tahun 2018.

2.         Pencapaian sahsiah terpuji oleh semua murid.

2A           Sikap dan Perlakuan Positif Murid (Pembangunan Kemahiran Insaniah - soft skill)

2.1       Lebih daripada 94.00 peratus mengamalkan sekurang-kurangnya 8 daripada 13 sikap dan perlakuan positif yang terpuji dan boleh diteladani (berdasarkan senarai semak Pembangunan Kemahiran Insaniah – Soft Skill)  pada tahun 2018.

[1 - Tanggungjawab Sosial; 2 - Menghargai Alam Sekitar; 3 - Etika, Moral dan Profesionalisme; 4 - Kerohanian / Spiritual; 5 - Komunikasi; 6 - Berfikiran Kritikal & Menyelesaikan Masalah; 7 - Kepemimpinan; 8 - Kerja Sepasukan; 9 - Keusahawanan; 10 – Pengurusan; 11 - Teknologi Maklumat dan Komunikasi; 12 - Pembelajaran Sepanjang Hayat; 13 - Globalisasi;.]

2B           Salah Laku Disiplin

2.2       Lebih daripada 97.25 peratus murid tidak tercatat melakukan kes ringan pada tahun 2018.
2.3       Lebih daripada 98.25 peratus murid tidak tercatat melakukan kes sederhana pada tahun 2018.
2.4       Lebih daripada 99.00 peratus murid tidak tercatat melakukan kes berat pada tahun 2018.

2C           Kehadiran Ke Sekolah

2.5       Lebih daripada 92.00 peratus kehadiran murid ke sekolah pada tahun 2018.
2.6       Lebih daripada 95.50 peratus murid hadir ke sekolah melebihi 95.00 peratus kehadiran setahun setiap murid pada tahun 2018.

2D          Ujian PAFA

2.7       100 peratus murid lulus ujian PAFA pada tahun 2018.

3.         Pencapaian prestasi kokurikulum yang tinggi oleh semua murid.

3A           Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum, PAJSK

3.1       Lebih daripada 80.50 peratus murid mencapai purata nilai gred kumulatif kokurikulum sekurang-kurang 60.00 pada tahun 2018.

3B           Pentaksiran Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan, SEGAK

3.2       Lebih daripada 97.50 peratus murid memperoleh Indeks Jisim Badan (BMI) tahap normal pada tahun 2018.
3.3       Lebih daripada  94.00 peratus murid memperoleh Gred B Ujian Kecergasan Fizikal Murid pada tahun 2018.

3C           Pentaksiran Psikometrik, Ujian Aptitud Tahun (Inventori Kecerdasan Pelbagai)

3.4  98.00 peratus murid memperoleh sekurang-kurangnya Skor 5 dalam 9 konstruk Inventori Kecerdasan Pelbagai pada tahun 2018.

3D          Pencapaian Sukan dan Permainan

3.5       3 pencapaian sekurang-kurangnya tempat ketiga di peringkat kelompok dalam sukan dan permainan pada tahun 2018.
3.6       1 pencapaian tempat pertama di peringkat kelompok dalam sukan dan permainan pada tahun 2018.

3E           Pencapaian Ko-Akademik

3.7       3 pencapaian sekurang-kurangnya tempat ketiga di peringkat kelompok dalam ko-akademik pada tahun 2018.
3.8       1 pencapaian tempat pertama di peringkat kelompok dalam ko-akademik pada tahun 2018.

3F           Pencapaian Badan Beruniform

3.9       1 pencapaian sekurang-kurangnya tempat ketiga di peringkat kelompok dalam badan beruniform pada tahun 2018.
3.10    Tiada pencapaian tempat pertama di peringkat kelompok dalam badan bernuform pada tahun 2018 (sedang dalam pembentukan pasukan yang mantap).



4.         Pencapaian prestasi kepimpinan dan pengurusan sekolah yang cemerlang

4A           Penarafan Sekolah berdasarkan SKPMg2

4.1       Lebih daripada 80.00 peratus skor Taraf Pengoperasian berdasarkan SKPMg2 pada tahun 2018.
4.2      Lebih daripada 80.00 peratus skor Taraf Kemenjadian berdasarkan SKPMg2 pada tahun 2018.
4.3      Taraf Sekolah Baik berdasarkan SKPMg2 pada tahun 2018.

4B           Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) oleh Guru

4.4       95.00 peratus guru memperolehi tahap cemerlang pengajaran dan pembelajaran (berdasarkan instrumen pencerapan PdP) pada tahun 2018.

4C           Penilaian Pusat Sumber Sekolah

4.5      Pusat Sumber Sekolah memperoleh markah penilaian lebih daripada 70.00 peratus markah berdasarkan Instrumen Penilaian Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan pada tahun 2018.

4D          Prestasi Kewangan

4.6      Sekolah menerima Laporan Audit Baik pada tahun 2018.


4E           Penarafan Prestasi Kebersihan Tandas

4.7       Sekolah memperolehi Status Kebersihan Tandas pada tahap baik pada tahun 2018.

4F           Penarafan Prestasi Sekolah Selamat

4.8       Sekolah memperolehi Status Sekolah Selamat pada tahap memuaskan pada tahun 2018.

4G          Kepuasan Pelanggan

4.9       Kurang daripada 15 bilangan aduan pelanggan yang diterima sekolah pada tahun 2018.
4.10    Skor Tahap Kepuasan Pelanggan melebihi skor >3.80 pada tahun 2018.

4H           Penglibatan Ibu Bapa

4.11    Lebih daripada 50.00 peratus kehadiran ibu bapa ke program sekolah pada tahun 2018.

4I            Hubungan Luar

4.12    Lebih daripada 2 sekolah luar hadir melaksanakan penandaarasan pada tahun 2018.

4J           Sarana Sekolah

                        Sekolah memperolehi ...

4.13    Tahap Sederhana aspek Iklim Sekolah pada tahun 2018.
4.14    Tahap Sederhana aspek Komunikasi Berkesan pada tahun 2018.
4.15    Tahap Sederhana aspek Sokongan Terhadap Kejayaan Murid pada tahun 2018.
4.16    Tahap Sederhana aspek Tanggungjawab Bersama pada tahun 2018.
4.17    Tahap Sederhana aspek Keputusan Bersama pada tahun 2018.
4.18    Tahap Sederhana aspek Kerjasama Dengan Komuniti pada tahun 2018.

4K           Sarana Ibu Bapa

                        Sekolah memperolehi ...

4.19    Kurang daripada 40.00 peratus tahap Asas penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak pada tahun 2018.
4.20    45.00 peratus tahap Sederhana penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak pada tahun 2018.
4.21    Lebih daripada 15.00 peratus tahap Cemerlang penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak pada tahun 2018.

4L           Suara-suara Guru, Murid dan Ibu Bapa Terhadap Iklim Sekolah (Teachers, Students, Parents Voice)

4.22    Lebih daripada 4.50 skor Persepsi Guru Terhadap Iklim Sekolah pada tahun 2018
4.23    Lebih daripada 4.50 skor Persepsi Murid Terhadap Iklim Sekolah pada tahun 2018

4.24    Lebih daripada 4.50 skor Persepsi Ibu Bapa Terhadap Iklim Sekolah pada tahun 2018

Tiada ulasan:

Catat Ulasan