Selamat melayari blog rasmi SK Kertau, Maran, Pahang. Kertau Mara Ke Hadapan.

Isnin, 29 Januari 2018

Parkir Mengundur. Satu bentuk peraturan dalam EKSA

SK Kertau mengamalkan Eko sistem Sektor Awam atau EKSA. Antara perubahan yang dilakukan ialah parkir mengundur atau "Reverse Parking". Semua kenderaan akan diminta untuk mengundur dan muncung kenderaan hendaklah mengadap jalan atau laluan. Penyeragaman ini bagi memudahkan sekiranya berlaku kecemasan atau keluar masuk kenderaan.
     Identiti ini cukup memberi satu gambaran kepada budaya kerja yang kemas dan teratur. Kita juga mendapat respon positif daripada para guru, staf dan orang ramai walaupun cara berkenaan agak janggal pada permulaan. Tahniah kepada semua guru dan staf yang memberi kerjasama sepenuhnya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan