Selamat melayari blog rasmi SK Kertau, Maran, Pahang. Kertau Mara Ke Hadapan.

Rabu, 31 Januari 2018

Sejarah SK Kertau 107 Tahun. Perlukan usaha untuk pencarian sejarahnya.

SK Kertau kini telah berusia 107 tahun. Tahniah diucapkan. Banyak sejarah dan kenangan SK Kertau. Seharusnya ia dikenang dan diraikan oleh semua warga Kertau. Ramai bekas-bekas pelajarnya yang telah berjaya. Namun, SK Kertau masih belum ada Alumni. Mungkin cadangan ini boleh diambil perhatian.
   
     SK Kertau banyak melahirkan cendikiawan, tokoh-tokoh hebat. 107 tahun merupakan kehebatannya. Banyak sejarah yang perlu dikorek dan dicari, agar sejarahnya tidak ditelan usia. Apabila banjir yang berlaku saban tahun, banyak gambar-gambar kenangan lama hilang. Maklumat tentang sejarah dulu juga kian hilang. Oleh itu, perlu ada usaha murni untuk mengangkat sejarah ini kembali agar memberi manfaat kepada generasi akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan